BACHA BAZI - PENARI BUDAK LELAKI
Tahukah kita apa itu Bacha Bazi? Dalam bahasa omputih maknanya “Dancing Boys”. Lebih kurang maksudnya dalam bahasa Melayu kita ialah “Penari Budak Lelaki”. Saya tertarik dengan berita ini dan ianya bukan cerita rekaan tetapi cerita yang benar-benar berlaku di Afghanistan dan saya baru tahu mengenainya. Sekadar buat renungan kita bersama.
Di Afghanistan, wanita dan gadis tidak dibenarkan menari di khalayak ramai. Sebaliknya, budak-budak lelaki berumur belasan tahun boleh menari dengan berpakaian wanita dan bersolek. Biasanya yang mempunyai rupa paras menarik dan dianggap ‘jambu’, digalakkan menjadi budak penari. Rata-rata usia mereka sekitar 10 tahun hingga 19 tahun.
Untuk siapa mereka menari? Bacha Bazi adalah khusus untuk menghiburkan khalayak lelaki. Selepas acara tarian itu, mereka kemudian akan dipilih dan dibawa pulang oleh kalangan pembesar, orang-orang kaya dan berpengaruh untuk aktiviti seks.
Lantaran kemiskinan, ramai budak lelaki menggilap bakat menari untuk menyertai kelompok Bacha Bazi. Sebahagian lagi ditipu dan akhirnya tanpa rela terjebak dengan gejala tersebut. Tidak kurang juga dijual sebagai dagangan seks. Bukan rahsia lagi, seks sejenis terutamanya perbuatan sodomi menjadi tabiat ramai lelaki di negara yang penduduknya beragama Islam itu. Perit untuk diakui, tetapi itulah hakikatnya.
Kisah Bacha Bazi pernah didedahkan oleh wartawan Afghanistan, Najibullah Quraishi yang kemudian memenangi anugerah kewartawanan. Pendedahan tersebut mendapat perhatian meluas media di Barat tidak lama dulu.
Gejala tersebut pernah diharamkan ketika rejim Taliban memerintah Afghanistan, tetapi kembali diamalkan di beberapa wilayah tertentu tanpa diheboh-hebohkan. Amalan itu sukar dibendung memandangkan golongan elit yang mengamalkan seks sejenis dan sodomi dikatakan makin membesar.
Paling menyayat hati, sebahagian daripada budak penari itu dilaporkan menjadi mangsa rogol, malah ada yang diseksa serta dibunuh. Bayangkan budak lelaki yang dalam usia persekolahan menjadi hamba kebuasan nafsu seks sejenis golongan yang berpengaruh.
Pihak berkuasa pula cuba menafikan tetapi pendedahan yang dibuat serta pengakuan sebahagian budak yang terlibat, tidak dapat menutup realiti.
Pernah tak kita semua bayangkan cerita ini? Saya sendiri tidak pernah terbayang benda begini berlaku di negara yang luarannya nampak sangat kuat Islamnya itu. Kenapa boleh jadi begitu, ya???
Pashtun women in Pakistan |
Penindasaan dan kekejaman terhadap kaum wanita dan para isteri juga amat dahsyat berlaku di Afghanistan dan juga di Pakistan. Saya pernah berbual dengan beberapa orang di kedai makan di Peshawar, Pakistan, sengaja bertanya ke mana perginya kaum wanita.
Lebih kurang begini ceritanya yang saya ingat (maaf kalau tersilap; semua ini hanya berpandukan kepada apa yang saya ingat saja ketika menulis entry ini). Mereka bercerita ada anak gadis yang dipukul dan dibunuh hanya kerana ia berbual dengan lelaki, malah jika mengintai “jantan” dari jendela tingkap rumah pun, jikalau saudara lelaki itu tahu, boleh mengundang malapetaka bahaya pada sang gadis. Kebiasaannya terjadi pada mereka yang terdiri daripada kaum Pashtun, terutamanya yang tinggal di pedalaman.
Kaum Pashtun paling ramai terdapat di Pakistan. Jika kita ternampak kelibat wanita yang tidak bertutup litup di sekitar Peshawar atau mana-mana di Pakistan, mereka kata wanita ini bukan dari suku kaum Pashtun.
Berita keganasan begini kerap juga kita dengarkan. Pernah saya terbaca kisah isteri yang dipotong hidung, malah disimbah asid hanya kerana telah melakukan kesilapan kecil.
Okay, berbalik semula kepada kisah Bacha Bazi ni. Rasanya benda begini pun memang dah ada berlaku di Malaysia, sama ada Mak Nyah atau Macho Man yang menari di khalayak ramai. Lebih kurang sama jer dengan Bacha Bazi tu. Bezanya mereka di Malaysia buat dengan sukarela, malah seronok lagi, tetapi di Afghanistan mereka terpaksa atau dipaksa melakukannya.
Entahlah. Pada akhir zaman ni, bolehkah perkara sebegini kita bendung? Kesian Bacha Bazi di Afghanistan tu. Macam mana kita nak selamatkan mereka? Boleh ke? Jangan kita kata itu hanya soal di negara sana saja kerana perkara begini boleh terjadi pada anak-anak kita juga. Ya, mengikut acuan cara dan “style” kehidupan kita di sini.
Bolehkah kita tolong mereka???
Jawapan dari saya, ya, kita boleh tolong. Kita tolong berdoa pada Allah, minta dihapuskan gejala Bacha Bazi yang berlaku di Afghanistan itu. Moga doa kita didengari Allah dan mana tahu, makbul doa kita itu nanti. Tak lupa juga tolong doakan juga buat negara kita, semoga Allah hindarkan amalan seperti ini dari terus bermaharajalela dan berleluasa.