Senarai 15 Blogger Paling Cantik di Malaysia yang disenaraikan di bawah merupakan pilihan tuan empunya blog. Tiada kaitan dengan bancian orang ramai atau undian melalui sms okey. Blog aku sukahati lah nak pilih siapa pun 15 blogger paling cantik di Malaysia mengikut kaca mata aku sendiri kan. Bahaha ! Selamat menjamu mata. =.=
1. Iena Mansor & Ida Mansor
Pasangan kembar keluarga Uncle Mansor yang sangat cantik. Public Figure yang juga model muslimah. Biasa juga nampak muka cun diorang dalam paper, majalah, iklan internet. Cantik gila dua orang fasionista ini in real life tau. Aku pernah terserempak sekali dekat KLCC. Macam anak patung bergerak yang pakai tudung. =p
2. Fatin Liyana
Selebriti Blogger, Fatin Liyana siapa tak kenal kan. Bakal bergelar seorang doktor. Nanti bila bukak klinik sendiri, confirm tak henti-henti pesakit datang klinik dia. Fatin Liyana pernah jadi cover majalah, masuk surat khabar, masuk rancangan Nasi Lemok Kopi O TV9. Siapa tahu mungkin Fatin bakal bergelar pelakon pula selepas ini yer Fatin. =p
3. Hazanis
Blogger berasal dari Kelantan. Sekarang sedang busy mengusahakan online shopping yang menawarkan harga berpatutan dan pakaian perempuan yang cantik-cantik. Macam nak shopping baju dengan Hazanis nak bagi dekat awek je. Tapi sayang, aku takde awek lol. =p. Aku suka mata bulat besar Hazanis ada macam mata Heliza Helmi sikit. Sikit lah. =p
Blogger popular yang mula menceburkan diri dalam bidang seni. Aku sering jugak mengikuti program di bawah pengacaraan Hanis, Mad Markets di TV9. Hanis juga mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Telah berlakon dalam filem, telefilem dan drama juga tapi aku tak pernah tengok lagi lakonan Hanis. =p
5. Fatin Suhana
Ini lagi sorang model muslimah yang hangat abad ini. Aku suka benar stalk blog dia. Biasa setiap entri memang ada terselit setepek muka cun Fatin Suhana. *kantoi. Benda cantik siapa tak suka tengok kan. =p
6. Maria Elena
Blogger yang juga seorang Vlogger berjaya di youtube. Kalau tengok Vlog dia memang tak sah tak repeat sampai 2 3 kali. Itu aku la. Kalau korang aku tak tau lah repeat sampai berapa kali. Maria berkahwin dengan abang Fatin Liyana. Kira Maria nie kakak ipar kepada Fatin. Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. =p
7. Yuyu Zulaikha
Blogger kecil berhati besar. Kalau tengok gambar-gambar Yuyu, memang kecil molek omey ngat Kak Ton. Kecil-kecil cili padi tau. Dah nak kahwin pun. Kekadang suka masuk blog Yuyu kemudian baca komen-komen pengikut dia. Kebanyakan komen mesti duk puji dia punya kecomelan. Cemana nak comel macam Yuyu ye?
8. Nisa Kay
Gadis kurus tinggi lampai ini memang sangat fasionista. Pantang nampak kamera terus posing macam-macam gaya. Juga merupakan host untuk video Amanz.my dia youtube. Peminat fanatik Yana Samsuddin. Selalu bergambar dengan artis Si Nisa nie. Jealous pulak aku kadang-kadang.
Ibu muda kepada cahaya mata comel, Fiska Medina ini juga mempunyai aura kecantikan yang tersendiri. Pengalaman kahwin muda, pengalaman jadi ibu muda semua diceritakan dalam blog. Pemilik dua batang gigi arnab comel ini merupakan Pemenang Blogger Of The Year Digi WWWOW Awards pada tahun ini. Rezeki anak. Power kan !
10. Nurul badiah Lai
Blogger berasal dari Terengganu Kita. Seorang peguam yang petah berkata-kata. Juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel, Balqis comel macam mama dia juga, like mother like daughter. Suka post gambar comel anak dia di blog & facebook. Aku pulak suka like post dia. Bahaha ! =p
11. Liyana Zahim
Novelist remaja yang telah menghasilkan beberapa biji novel cinta. Aku dah beli novel Sekebun Bunga Cinta hasil buah tangan ke-2 Liyana Zahim. Memang best tapi aku tak baca habis lagi sebab malas lol. Sekarang dah jarang update blog mungkin sebab busy dengan novel terbaru kot. Antara novel terbaru Liyana Zahim ialah Curi-Curi Suka dan Rindu Awak 200%. Sila dapatkan di pasaran ye =p
12. Lyssa Faizureen
Blogger ramai ini memang sangat diminati ramai. Aku pun pernah jugak tegur dia dekat twitter. Sangat ramah dengan peminat. Anda yang nak tutorial blog, boleh masuk blog Lyssa. Selalu jugak bila search tutorial blog, tersesar dalam blog Lyssa. Sekarang dah jarang update sebab busy dengan pelajaran pulak.
13. Shea Rasol
Seorang fasionista yang berani. Kekadang rambang mata jugak tengok gambar-gambar cantik dia dalam blog. Memang diakhir entri dia akan tempek gambar dressing pada hari berkenaan. Menarik gila. Dengan shawl, high heels, blaus, skrit labuh dan sebagainya aku pun tak tahu sangat nama pakaian perempuan nie. Wakaka. Kalau aku perempuan, memang aku nak sangat dressing macam Shea Rasol nie bila keluar rumah. -.-
14. Namee Roslan
Korang yang mengikuti blog Namee mesti mengikuti kisah cinta Namee dengan Isham. Percintaan yang mendapat tentangan keluarga akhirnya berakhir dengan perkahwinan. Sweetnya. Namee dengan Isham. Boleh tengok gambar kahwin Namee dengan Isham dalam blog Namee ye.
15. Jaja
Apa nie semua dah nikah. Blogger ini pun tak nak kalah. Haritu masa majlis perkahwinan dia, ada orang puji kata muka dia macam Tiz Zaqyah pelakon Nur Kasih tu bila mekap. Gila tak cun.
P/s : Siapa blogger cantik pilihan hati korang selain blogger diatas? Komen dibawah cepat. Nak follow nie =p
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!