15 Blogger Hensem Kacak Bergaya di Malaysia yang disenaraikan di bawah merupakan pilihan tuan empunya blog dan melalui kaca matanya sahaja. Tiada kaitan dengan undian orang ramai. Harap maklum. Wanita single di luar sana apa lagi jom mengorat 15 Blogger Hensem Kacak Bergaya yang disenaraikan di bawah. Confirm dari mata turun ke hati. haha =p
1. Ariffshah
Nama Ariffshah memang tidak asing lagi dalam arena blog. Bukan hanya kacak malah berjaya dalam dunia realiti mahupun dunia blog. Blog dijadikan untuk menyuarakat pendapat dan menulis perihal kehidupan seharian. Aku sebenarnya jarang masuk blog Ariffshah. Kalau ternampak dia post entry dekat Facebook, baru masuk. Tersesat dalam blog Ariffshah pun sebab google something. Nampak tak kehebatan teknik SEO di blog Ariffshah.
2. Kembatolo
Pasangan kembar yang kacak ini mampu menarik pembaca masuk ke dalam blog mereka dengan gaya penulisan yang santai. Bila baca entri santai pasal kehidupan seharian diorang, terus aku macam nak juga ada kembar. Aku tak pasti mana satu abang dengan adik. Tak reti nak beza sebab dua-dua sebijik. Dah nama pun kembar kan. Kena tanya diorang sendiri.
3. Lelaki Geek
Model lelaki kacak dan photographer yang terkenal di dunia blog. Korang masuk blog dia confirm kagum dengan gambar-gambar photoshoot dia yang bersepah di blog. Selalu jugak stalk blog dia sebab nak tiru stail dia pose. Bahahaha !
4. Hizami Li
Ini lagi sorang blogger hensem kacak bergaya. Suka tengok style dia kalau keluar dengan kawan-kawan. Muka smart, pandai bergaya pulak. Fesyen Hizami selalu up-to-date. Pernah sekali google ‘lelaki kacak’, tiba-tiba setepek keluar muka Hizami Li. Aku sebenarnya nak tengok keluar ke tak muka aku lol. =.=
5. Daniel Adie
Blogger sealiran dengan Hizami Li. Aku agak diorang bersahabat baik sebab dimana ada Hizami Li, disitu ada Daniel Adie. Hot stuff habis sehinggakan muka dia selalu orang buat fake account di Facebook. Itulah harga yang perlu dibayar oleh blogger hensem kacak bergaya kan. Aku pun ada jugak orang buat fake acc. =.=
6. Ben Ashaari
Ben Ashaari juga mempunyai aura kehensemannya yang tersendiri. Dari single, kemudian berbini seterusnya bergelar seorang daddy kepada si comel Qhalif, still maintain hensem dan tough. Sesiapa yang nak maintain hensem dan tough macam Ben, rajin-rajinlah pergi gym. =p
7. Eqbal Zack
Salute dengan blogger kacak yang sangat rajin menuntut ilmu nie. Belajar sehingga phd kot. Aku nak habiskan degree pun merangkak-rangkak. Dah lama sebenarnya tak mengikuti perkembangan terbaru Eqbal Zack. Kalau korang nak join contest best yang menawarkan hadiah lumayan, boleh mengikuti blog Eqbal. Eqbal seorang yang sangat murah hati dan sering menganjurkan contest yang best. Pernah masuk contest Eqbal, menang minyak wangi. Hehe
8. Zarul Umbrella
Bekas vokalist kumpulan Umbrella yang pernah popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka ini juga merupakan seorang blogger kacak bergaya yang sangat popular dalam kalangan blogger. Nama pun artis haruslah menjaga penampilan supaya sentiasa kelihatan kacak bergaya kan. Aku tengok Zarul Umbrella nie maintain muda dan sangat bertenaga macam orang bujang. Kan?
9. Melastik Bintang
Blogger hensem berkulit sawo matang ini sering menceritakan mengenai kehidupannya di blog terutamanya perihal kekeluargaan. Korang yang suka membaca mengenai tips kekeluargaan boleh mengikuti blog Melastik Bintang. Aku yang masih muda dan belum berkeluarga ini selalu juga masuk blog dia. Terus feeling nak berbini dan berkeluarga cepat-cepat. Hahaha =p
10. Boni Kacak
Nama glamour pun Boni Kacak, gila kalau kata blogger ini tak kacak. Pernah jumpa Boni sekali dekat event, memang diakui la kacak walaupun kekadang entri Boni macam menggunung tinggi memuji kekacakan diri sendiri. Aku rasa Boni nie mesti sangat famous dalam kalangan blogger perempuan. Sekali post entri, majoriti komen adalah daripada blogger perempuan. =p
11. Aizul Marcello
Merupakan abang kandung kepada blogger cantik Irine Nadia Marcello. Korang jangan cuba-cuba nak mengorat Aizul sebab dia kepunyaan Lynda Roslan, model muslimah yang popular dan jelita tu. Aizul juga merupakan photographer yang sangat aktif sebelum dia berkahwin dengan Lynda Roslan. Gambar-gambar yang dia shoot memang cantik menarik tertarik kebaboom gila. Boleh tengok dekat blog Aizul ye.
12. Zack Zukhairi
Zack Zukhairi juga merupakan blogger kacak yang tak kurang hebatnya. Zack telah berjaya mengumpul hampir 30 ribu pengikut blog. Sekarang dah jarang sangat update blog. Selalu jugak masuk blog Zack kot-kot dia ada update. Tapi setiap kali masuk, entri sama je. Seperti biasa, lelaki kacak ini memang kebanyakannya sudah berpunya. Begitu juga Zack. Jangan cuba mengurat dia sudah. Hahaha =p
13. Apijol
Korang yang sedang membaca entri ini, mesti kenal bukan blogger kacak di atas ini? Walaupun masih belum dapat menandingi blogger hensem kacak bergaya yang disenaraikan di atas, namun blogger ini tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri kahkah.
Korang rasa selain 13 blogger hensem kacak bergaya yang disenaraikan di atas, blogger mana yang juga layak tersenarai? Sila tinggalkan komen di bawah.