'Incredible Sulk': Suami Merajuk Membisu Selama 20 Tahun, Tapi Masih Hidup Bersama Isteri & Anak Dalam Rumah Sama


Boleh dikatakan setiap pasangan suami isteri akan pernah mengalami satu masa 'berdiam diri' apabila terdapat pertelingkahan, perbezaan pendapat ataupun merajuk.

Tapi kebiasaannya tempoh berdiam diri itu hanya untuk jangka masa pendek, paling lama pun mungkin sebulan dua.

Tetapi lain pula bagi sepasang suami isteri di Jepun apabila mereka tidak berkata-kata selama 20 tahun - tetapi mereka masih lagi tinggal bersama di bawah satu bumbung.


Otou Katayama, dari Nara, selatan Jepun, masih tinggal bersama isteri, Yumi, berserta tiga anaknya biarpun sudah 20 tahun tidak berbual-bual dengan isteri dan hanya berkomunikasi dengan menganggukkan kepala atau bunyi berdehem selama tempoh itu.

Kisah kompleks pasangan tersebut didedahkan oleh anak mereka yang berusia 18 tahun, Yoshiki, yang menulis kepada sebuah program televisyen yang meminta pihak tv itu membantunya supaya dia dapat mendengar ibu bapanya berbual.

Selepas itu, tv berkenaan mengatur satu pertemuan untuk mereka di sebuah taman dimana mereka mula bertemu - sambil diintip oleh anak-anaknya.


Anak pasangan itu mencuri dengar perbualan ibu bapa mereka.


Perasaan hiba mula menyelubungi apabila bapanya mula bercakap.

"Sudah lama berlalu sejak perbualan kita yang terakhir. Kamu sangat ambil berat tentang anak-anak

"Yumi, sehingga sekarang, kamu dan bersusah banyak. Saya nak kamu tahu yang saya sangat berterima kasih atas segalanya.

Otou kemudian menjelaskan bahawa dia bertindak sedemikian (membisu) kerana cemburu atas perhatian yang isterinya berikan untuk anak-anak.

Di dalam rancangan itu, Otou berkata: "Saya sebenarnya seperti cemburu. Saya merajuk tentang itu. Sekarang tak ada jalan berpatah balik saya rasa" - Sehinggit Media

Sumber: Siakap Keli
Share on Google Plus
}); });