Baik dan sabarnya si suami. Biarpun 'ditipu' oleh isterinya dengan macam-macam helahpun, dia masih bersabar dan tidak marah. Mana nak cari suami yang penyabar dan sporting begini? Semoga menjadi contoh kepada golongan lelaki bergelar suami dan bapa.
SEMASA perjalanan dari Kelantan ke Seremban. Selesai COD iPhone di Bangi, aku duduk di seat driver untuk meneruskan perjalanan ke Seremban. Tiba-tiba terasa seat basah.
"Yunk, basah apa ni?"
"Pampers Sumayyah bocor. Dah penuh dah,"
"Laa, yeke? Aduh! Tukar teruslah, nanti gatal-gatal pula. Seremban jauh lagi ni (padahal lagi 20 minit)."
Sambil cari stesen Petronas, aku rasa gatal-gatal punggung. Mungkin disebabkan air kencing Sumayyah sudah meresap ke seluar aku.
Singgah di Petronas. Selesai mandikan Sumayyah. Baju Sumayyah isteri dah sediakan di atas seat aku, seat yang basah kena kencing baby ini tadi.
"Yunk, kan baju bersih tu. Kotorlah letak atas seat kena kencing."
"Hehe! Takpe, bukan air kencinglah bang."
"Habis tu, air apa?"
"Air mineral. Tadi masa abang hantar iPhone, ayang suap Sumayyah bubur. Masa suap, air mineral tertumpah atas seat."
"Laaa apsal tadi kata kencing???"
"Saje nak abang mandikan dia."
Tiba-tiba rasa gatal-gatal aku hilang selepas tahu itu mineral water saja rupanya. Aku pun pakaikan Sumayyah baju sepantas kilat, sambil Sumayyah gelakkan aku sebab tertipu.
Dalam perjalanan nak ke Seremban.
"Bang, peninglah abang bawa laju."
"Pulak....!"
"Tapi kalau jalan ke Cameron, tak pening. Esok lusa kita pergi Cameron ye, nak hilangkan pening ini."
Kali ini aku takkan tertipu.
"Ayang mengandung ye?"
"Haih, taklah."
"Tu pening-pening tu?"
"Mana ada? Pening sebab abang drive laju saja."
"Ooo, kalau mengandung, abang nak bawa ayang pergi Cameron makan strawberry."
"Alaa, tak apalah bang. Esok kita pergi beli strawberry di Mydin Seremban dua sajalah."
Pengajaran, perempuan ini banyak helahnya. Nak makan, dia tanya kita lapar tak. Nak berjalan, dia tanya kita ada urusan tak. Nak bantuan, dia bagi helah pening, loya, sakit perut, sakit pinggang. Dan helah paling banyak dijalankan semasa 15 haribulan. Entahlah kenapa.
Korang yang ada isteri, hargailah mereka. Mereka ini unik sangat, bukan seperti kita lelaki yang lebih gemar straight to the point.
Dah jam 4.20 pagi, aku masih tak boleh tidur selepas perjalanan yang jauh mengenang segala helah isteri aku sepanjang perjalanan. Esok siapa jumpa di Mydin S2 di bahagian Strawberry, hai-hailah ye.
Sumber: Syahmi Roslan