Inilah budaya orang kita, dah tahu tapi tetap nak tanya juga


Hari itu, aku pergi ke kedai sticker dan kedai itu memang betul-betul kedai print sticker dan signboard pun ada perkataan sticker besar. Kedai ini memang buat sticker semata-mata. Tak jual air tebu atau air jagung. Jauh sekali nampak seperti kedai jual selipar Crocs.

Tengah aku mencari saiz sticker yang sesuai, datang seorang brader yang wajahnya kalau tengok dah dekat 40-an ini dengan seorang adiknya. 

"Dik, ini kedai sticker ke? Saya nak buat sticker. Berapa harga? Bila boleh siap?" tanya brader ini dah macam soal siasat kes pembunuhan dekat suspek denggi. 

Selepas brader itu tanya, aku tengok semula kedai ini. Ada macam suasana kedai jual kaburetor RXZ ke? Memang dah terang-terang jual sticker, lagi mau tanya. 

Aku cuba belajar dan memahami sesuatu. Brader ini bukannya bangang tak tahu, tetapi dia saja bertanya untuk memulakan bicara atau dipanggil sebagai mukadimah kata. 

Budaya bani Melayu memang begini. Jenis yang seperti ini, dia nak tegur atau cakap tapi tak tahu nak mulakan dengan ayat macam mana. Jadi dia memulakan percakapan dengan apa yang dia nampak. 

"Eh Jah, tengah sidai baju ke?" soal Limah Janda kepada Mak Jah yang sedang menyidai bra saiz 36D warna teh ais. 

"Ha'ah Limah. Kau dari mana tu, laju-laju sampai berasap selipar?" tegur Mak Jah kembali. 

Bila dah lama tak jumpa anak saudara, makcik kita mula menegur. 

"Dah besar dah hang nooo Emma. Segak bak hang. Muka ikut macam pak hang. Tang kening." 

Makcik kita bukan buta tak nampak saiz kita. Dah 25 tahun mestilah sudah besar luar dalam. 

Tetapi inilah budaya orang kita. Walaupun dia dah nampak dan tahu, dia akan tetap nak tanya benda yang memang dah tahu untuk mula bicara. Begitu juga bila kita buat bisnes online. Kita dah letak tanda harga, info dan apa-apa sahaja dalam iklan, pasti akan ada yang WhatsApp kita atau komen, "PM Harga", "Produk ini untuk apa?", Ada gambar testimoni?". "Betul ke, berkesan?". 

Janganlah kita melenting, marah, terasa hati dan geram. Budaya orang Malaysia terutamanya Melayu memang begitu. Layankan saja. Dia nak mula bicara tetapi tak tahu nak mulakan macam mana untuk kita beri respon. 

Orang kita memang peramah, bersabarlah. Tanya banyak tak beli tak apa. Bersabar nak kaya ni. Nak kaya memang kena buli dulu. 
Share on Google Plus
}); });