'Dia datang & terus nak dukung anak saya' - Si ibu dakwa dia hampir dipukau & bayinya nyaris diculik wanita tua

  • Ibu dan anak kecilnya berusia 9 bulan singgah makan di sebuah kedai
  • Tiba-tiba datang seorang wanita tua cuba mendukung anak si ibu tadi
  • Wanita itu memuji-muji kecantikan si kecil itu agar dapat 'green light' untuk dukung
  • Si ibu tetap berkeras dan enggan pandang mata wanita berkenaan kerana bimbang dipukau
Gambar sekadar hiasan sahaja | Google Images
Dari Info Ibu Hamil

Assalamualaikum semua. Saya nak kongsi dan ingatkan ibu bapa yang selalu letak anak dalam baby chair di kedai makan, berhati-hati. Perkara ini berlaku pada saya sendiri petang semalam. 

Seperti biasa, bila pergi ke kedai makan tak kisahlah sama ada di mall atau di luar, saya akan letak baby saya yang berusia 9 bulan di baby chair. Masa kejadian itu dalam jam 4-5 petang dan kedai dipenuhi pengunjung. 

Tiba-tiba ada seorang wanita tua, usia dalam lingkungan 50-an datang ke arah anak saya dan terus dia macam nak dukung. 

"Ini anak you ka? Manyak cantik oo.." 

Tapi saya sempat tarik badan anak dan tak pandang mata dia sebab sebelum ini pernah terbaca modus operandi penjenayah culik budak-budak dengan pelbagai cara. Selepas itu, wanita tua itu beredar dan pergi ke arah baby lain dan mengulangi perbuatannya. 

Saya terus jerit, 'Jangan pandang mata dia!'

Masa itu semua orang pandang saya. Ada yang cakap terima kasih dan ada yang ingat saya sengaja nak memalukan wanita tua itu. Biarlah apa tanggapan orang, saya hanya mahu menyelamatkan baby orang lain dari menjadi mangsa culik. 

Selepas selesai makan di kedai itu, dalam perjalanan ke arah kereta, saya nampak dia masih melakukan kegiatannya pada baby orang lain di seberang jalan. 

Berhati-hati ya ibu bapa semua. Saya bukan nak bersangka buruk terhadap orang lain tetapi saya tidak mahu menyesal di kemudian hari. Sekarang ini, bermacam-macam jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Rakaman CCTV seorang lelaki cuba mengambil anak kecil dari stroller ketika si ibu sedang leka bercakap dengan pekerja kedai makan | Video - Sky Fuji

Sampai sekarang saya masih trauma lagi. Minta dijauhkanlah dari perkara yang tidak diingini berlaku. 

Ibu bapa di luar sana, pantaulah anak anda selalu walau di mana kita berada sebab ramai ibu bapa sekarang saya tengok lebih fokus pada telefon bimbit berbanding anak sendiri bila berada di luar. 

Mujur anak saya selamat dari kejadian yang tidak diingini. Syukur ya Allah. 
Share on Google Plus
}); });