Bagaimana Mengatasi Rasa Malas dan Suka Menangguhkan Kerja?


Kita semua ada rasa malas.
Malangnya, kadangkala rasa malas itu datang pada waktu yang tidak sepatutnya, sewaktu kita mempunyai masa yang suntuk untuk menyiapkan sesuatu.
Dan akhirnya, kita akan menangguhkan kerja.
Persoalannya disini adalah bagaimana kita boleh mengatasi rasa malas, sikap menangguhkan kerja dan mencari fokus dengan lebih baik?
Ini adalah penting kerana kehidupan kita adalah singkat dan terhad.
Dan kita bukanlah robot untuk berkerja setiap masa, dan menghabis masa dalam keadaan sentiasa takut dan tergesa-gesa  menyiapkan tugasan.
Ini bukanlah cara yang baik untuk menghabiskan hidup kita.
Sebenarnya kita boleh atasi ketakutan ini.
Kita boleh belajar untuk menguruskan ini dengan ketenangan dan penuh kesedaran.
Dan untuk melakukan itu, kita harus tingkatkan azam untuk kembali dengan penuh berani menyelesaikan tugasan yang penting.
Gangguan dan mengelakkan diri adalah sesuatu yang tidak bagus. Jadi bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini?
Mari saya jelaskan.

Apa yang menyebabkan rasa malas dan menangguhkan kerja sebenarnya?

Mengapa anda lari melakukan tugasan yang sukar?
Kerana anda takut.
  • anda tidak tahu apa yang anda buat
  • anda akan kucar-kacir dan kelihatan teruk
  • tugas tersebut sangat sukar dan langsung tidak selesa
  • anda akan berjaya tetapi kemudian perlu menghadapi keadaan yang menakutkan
Secara asasnya, kita merasa takut kerana kita berasa tidak selesa dan tidak pasti.
Secara fitrah, sifat manusia memang hanya mahukan perkara yang menyenangkan dan ada kepastian.
Gangguan seperti media sosial, rancangan televisyen, adalah satu perkara yang mudah. Semua orang suka melakukannya.
Ganguan-gangguan sebegini lebih menarik berbanding tugas yang sukar, dan lebih menyelesakan berbanding perlu menghadapi rasa takut.
Kita semua mempunyai rasa takut.
Tetapi sudah kebiasaan kita untuk melarikan diri daripadanya.
Mengelakkan dengan apa jua cara, termasuklah tidak mahu memikirkannya langsung. Minda kita memang hebat mengenai bab menangguhkan kerja ini.
Sekali kita sudah terganggu, kita akan terus lupa sama sekali tentang apa yang kita sepatutnya lakukan. Fikiran kita memang hebat dalam bab melupakan tanggungjawab.
Kita cuba untuk fokus, tetapi secara tiba-tiba hati kita tergerak untuk melakukan perkara lain. Kerana menumpukan fokus adalah sesuatu yang memang tidak selesa.
Minda kita sangat sukakan keselesaan, benci terhadap rasa tidak selesa, dan akan sentiasa mencarai jalan keluar ke arah keselesaan setiap masa, jika kita membiarkan mereka.
Itulah sebabnya mengapa kita malas dan menangguhkan kerja.
Jadi, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?

Bagaimana mengatasi rasa malas dan sikap menangguhkan kerja?

Akal kita memang nakal.
Nafsu kita memang culas.
Minda kita selalu akan mencari jalan untuk lari dari perkara seronok dan tidak selesa, dan selalunya kita semua tidak sedar perkara ini terjadi.
Hati kita selalu tergerak untuk beralih arah, dan minda kita menurut kata hati dengan segera.
Helahnya disini adalah: kantoikan diri kita sendiri bila mula untuk beralih arah.
Berhentilah seketika, dan lawan dengan sepenuh hati rasa gesaan itu.
Disini bagaimana caranya:

1. Selalu berlatih.

Lakukan sesuatu perkara yang tak boleh ditangguh pada setiap hari.
Pilih satu tugas yang penting (apa-apa sahaja tugas – paling bagus bila anda sedang dalam keadaan malas).
Tetapkan masa selama 5-10 minit jika anda rasa yakin. Jangan lakukan benda lain selain daripada tugasan tersebut dalam masa 5 minit.

2. Jangan biar diri anda bertukar arah.

Buang semua gangguan dan jangan buat benda lain selain daripada tugas anda.
Hanya buat buat satu tugas. Bila anda mendapat gesaan untuk buat benda lain, sila awasi dengan perkara tersebut. Jangan mengikut gesaan hati itu.
Kita akan merasakan satu gesaan yang hebat tapi tidak mengikutnya. Bolehkah anda bayangkan?

3. Bertahan dengan gesaan tersebut. 

Duduk diam dan alami gesaan tersebut.
Kenalpasti ketakutan atau ketidakselesaan anda terhadap tugasan ini yang ada hadapi. Rasakan kebosanan, ketidakselesaan, derita, keliru dan segala yang datang.
Cuma bertahan dan ambil tahu dengan setiap apa yang anda rasakan. Bagaimana anda merasakan perubahan dalam tubuh anda?

4. Kembali menyambung tugas.

Selepas bersabar sebentar dengan gesaan dan ketidakselesaan, insyaaAllah perasaan tersebut akan hilang.
Maka anda boleh kembali untuk menyambung tugas anda.
Bila anda tidak menggaru gatal, dan rasa gatal bukanlah satu masalah besar buat anda.

Dengan melakukan perkara ini setiap hari, anda akan membina kekuatan dalam diri bahawa anda akan OK jika anda tidak menggaru gatal tersebut, dan anda mampu mengawal perasaan tersebut tanpa tewas kepadanya.
Anda akan mampu mengendalikan rasa tidak selesa semasa menjalankan satu tugas yang sukar.
Dan ini adalah satu kejayaan.

Bagaimana mencari fokus?

Adalah sukar untuk fokus kepada satu perkara sahaja.
Sama ada anda ingin fokus untuk menulis laporan pejabat, menulis buku, melukis atau fokus untuk membaca… fikiran kita pasti tergerak sendiri bertukar kearah perkara lain.
Semua orang boleh fokus, pada mulannya, tetapi untuk kekal fokus sehingga akhir itu yang tidak ramai boleh buat.
Dalam sesi menentang rasa malas yang kita telah bincangkan diatas, kita telah memperkatakan bagaimana untuk kekal fokus dalam satu perkara.
Sebagai tambahan, ini ada beberapa lagi tips yang boleh dipraktikan:

∴ Solat adalah latihan terbaik untuk belajar fokus.

Solat akan memberi motivasi terbesar buat kita.
Perkara yang sedang kita fokus sepatutnya tidak hanya bagus untuk dibuat, tetapi patut memberi makna yang mendalam kepada anda.
Cuba fokus dan selami setiap bacaan serta menghayati setiap detik solat kita. Jika minda anda selalu terawang-awangan semasa solat, sekarang tiba masanya untuk berlatih fokus dan solat dengan khusyuk.
InsyaaAllah jika anda bagus pada solat, anda juga akan bagus pada perkara lain nanti.

∴ Amalkan doa melawan kemalasan ini:

Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia

∴ Ingat ganjaran yang anda akan dapat bila bermula.

Sesuatu tugas tidak seharusnya mengandungi rasa takut sahaja.. tetapi ia juga meliputi rasa suka dan kehendak.
Biarkan rasa hendak itu memandu anda mengatasi rasa takut.

∴ Gunakan motivasi luaran.

Walaupun rasa kehendak itu adalah motivasi terhebat, tetapi kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepadanya.
Gunakan motivasi luaran seperti sticky note, peringatan dalam phone dan sebagainya. Menyertai group usrah adalah salah satu cara untuk mengekalkan momentum fokus.
Jangan biarkan diri anda tergelincir.

Fokus adalah bukan sesuatu yang magik, yang senang-senang anda boleh dapat.

Ia adalah satu kemahiran yang memerlukan latihan harian dan tahapnya akan meningkat dari masa ke semasa.
Anda mungkin akan terjatuh dan hilang motivasi sekali sekala, tetapi anda boleh bangun kembali dan meneruskan latihan ini.
Pada akhirnya, semua latihan yang anda buat ini akan berbaloi kerana anda akan benar-benar fokus kepada perkara yang penting.

Sumber : akuislam.com


via Bin Usrah
Share on Google Plus
}); });