Ada ambil Autolife Insurance? Jika pemiliknya meninggal dunia, keluarga tak perlu tanggung hutang kereta



Dua tahun lalu, saya ada seorang pelanggan muda, awal 20'an yang membeli kereta Perodua Alza Advance. 

Dua bulan selepas itu, kakak dia menghubungi saya memaklumkan yang adik dia baru saja meninggal dunia sebab sesak nafas. 

Kakak dia bertnaya, adik dia ada ambil Autolife tak? 

Autolife ini adalah Takaful khas untuk kenderaan jika pemiliknya meninggal dunia. Harganya sangat murah, dalam RM250 sahaja sekali bayar seumur hidup jika masih awal 20'an. 

Saya pun menghubungi pihak bank dan bertanya jika pelanggan itu tadi ada ambil Autolife atau tak. Kemudian pihak bank memaklumkan bahawa:

"Kami dah offer pada customer tetapi dia tak ambil." 

Berat hati saya nak menghubungi kakaknya untuk memaklumkan yang adik dia tidak mengambil Autolife. Tetapi terpaksa juga beritahu yang adik dia tak ambil Autolife. 

Nasihat saya di sini, jika anda ingin membeli kereta, sebaiknya ambil sekali Autolife. Sekurang-kurangnya jika pemiliknya meninggal dunia, keluarga tidak perlu menanggung hutang kereta kita.  
Share on Google Plus
}); });