NEW DELHI, INDIA - Keengganan seorang lelaki memberikan nafkah batin kepada isteri lebih 10 tahun mengundang padah apabila wanita itu memotong kemaluannya.
Rita Yadav, 28, didakwa menyerang suaminya, Ved Prakash, 31, di kediaman mereka di Ghaziabad, Uttar Pradesh, utara India dalam kejadian Khamis lalu.
Rita mendakwa suaminya enggan mengadakan hubungan seks sepanjang 10 daripada 11 tahun perkahwinan mereka dan dia percaya Prakash mempunyai kekasih lain.
"Dia pernah berkata yang dia bencikan saya. Kami bergaduh setiap hari. Dia kata dia benci melihat wajah saya dan mengancam menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
"Saya terdesak untuk mempunyai anak. Saya juga terpaksa merayu agar dia mengadakan hubungan seks dengan saya tetapi dia enggan berbuat demikian.
"Sebaliknya dia tanpa berselindung berkata dia akan melakukannya dengan wanita lain. Saya sudah tidak dapat menahan perasaan lagi," kata Rita.
Had kesabaran Rita mencapai kemuncak dan akhirnya bertindak meluahkan rasa marahnya pada Khamis lalu apabila Prakash, yang bekerja sebagai pemandu teksi, pulang dari syif malam dan terus ke bilik mandi.
Rita kemudian memukul kepala suaminya dengan penggiling batu menyebabkan mangsa terjatuh tak sedarkan diri dan Rita mengambil pisau dapur untuk memotong kemaluan lelaki itu.
Wanita berkanaan turut mengurung suaminya dalam bilik mandi sebelum menyerahkan diri kepadap ihak polis. - The Reporter
Sumber: Harian Metro