'Mak, kalau ada apa-apa terjadi pada Kak Ngah, gunakan set kain kapan ini ya?'



Sebenarnya saya dah hadiahkan benda ini untuk diri sendiri ketika birthday saya bulan Januari lalu. Tiada kekuatan nak share. InshaAllah hari ini dibukakan jalan. Semoga orang ramai mendapat manfaat dari perkongsian ini. 

Sudah bertahun niat mahu membeli tetapi biasanya saya rasa benda ini tak berapa penting. Maka duit lebih gembira dihabiskan untuk kehendak lain yang harganya lagi berganda daripada barang ini. Terkubur saja niat tertangguh dimakan masa. 

Nak dijadikan cerita, saya dipertemukan dengan founder Furaiha, Syarifah Furaiha (Fara) ketika event #HIC17. Muda lagi orangnya. Dari butir katanya saya tahu ketinggian ilmunya tak padan dengan umur. 

Dalam perbincangan hingga laurt malam, kami berbual mengenai topik bisnes, kehidupan sampailah pada topik ini yang semuanya tak terfikir langsung nak cerita. 

"Bila tarikh nak mati?"

Beliau bertanya dengan bersahaja kepada salah seorang kenalan yang hampir sebaya dengannya. Nadanya bukan sinikal, dia sempoi bersahaja memang nak berkongsi ilmu. 

Krik... Krik.. Krik... 

Kami semua berpandangan sesama sendiri. Serius seumur hidup saya, inilah 'soalan maut pertama yang saya pernah dengar. Berat mulut nak menjawab. 

"Anggaran umur saya mati..." anda pernah terfikir? Ada target? 

Okey, saya anggarkan saya mati di usia 60 tahun (wallahualam, ini anggaran sahaja), maka tolak dengan umur sekarang, berbaki lebih kurang 25 tahun lagi. Aduhai, pejam celik sekejap saja sebenarnya. 

Masa itu beliau terus mengapai pen melakar-lakar atas kertas tentang matlamat kematian. Saya terfikir mungkin dia nak cerita tentang Syurga Neraka agaknya. Rupanya telahan saya salah. 

Matlamat Kematian ini adalah pelan hidup menuju kematian. Maksudnya bila buat formula ini kita dah tahu berapa banyak yang perlu kita 'invest' saham akhirat setiap BULAN.

Maknanya kita dah peruntukkan duit itu siap-siap ke cabang saham selepas matii iaitu ilmu yang bermanfaat, anak soleh dan sedekah. 

Kita akan nampak berapa figure sebenar yang patut invest berdasarkan Matlamat Kematian masing-masing setiap bulan. Ada lagi detail pecahan tapi panjang ceritanya sebab ada berkesinambungan dengan BIG WHY. 

Kemudian entah macam mana terbuka cerita tentang set jenazah. Fara dah pun beli set itu. Saya pun minta nombor telefon tempat dia beli. Save nama "Kain Kapan" dengan harapan saya insaf. 

Balik ke rumah malam itu, pandang siling, pandang kipas berpusing. Saya selalu terfikir "adakah aku punya banyak masa lagi?". Itu kalau ikut target umur. Kalau buatnya esok lusa saya pergi, macam mana?


Beberapa hari selepas itu, saya belek nombor telefon itu balik. Saya mesej nombor itu tetapi tak harap pun prompt reply siap fikir tak reply pun tak apalah. Teruk, kan? 

Tidak lama selepas itu, orang itu reply. Okay, finally selepas berperang perasaan (kejap nak kejap tak nak) saya nekad order set tersebut. Letak alamat di rumah parents di Seremban (nampak tak excited pun kan nak dapat?). 

Sebelum tarikh birthday saya, mak kata ada dapat parcel PosLaju. Seriously bila balik rumah, tengok bungkusan itu saya rasa kosong, tiada perasaan. Nak buka pun tiada mood. 

"Kan dah kata, siapa suruh beli?" bisik suara duniawi. 

Perlahan-lahan saya buka kotak yang berbalut kemas. Nampak kain putih, ada kapas, ada bungkusan barang-barang lain dalam plastik. Saya hidu sedikit botol itu, bau minyak mawar itu menusuk hidung mengingatkan saya kepada jenazah arwah ayah dua tahun lalu. 

"Inilah yang aku pakai nanti, aku pun bakal menjadi jenazah, bakal mengikut jejak ayah.

"Tiada lagi baju cantik bergaya bila bekerja. Tiada lagi tudung lilit yang selalu aku pakai. Tiada lagi makeup hatta eyeliner kegemaran. Tiada apa-apa, hanya kain kapan ini yang menungguku," 

Saya beritahu, "mak, kalau ada apa-apa terjadi pada Kak Ngah atau sesiapa, mak gunakan set ini ya. Orang letak siap-siap di hujung katil ini." 

Entah macam mana datang kekuatan terkeluar dialog itu depan mak. Beliau terpinga-pinga mengiakan saja. Barangkali blur agaknya anak dia buang tabiat. 

Masuk ke bilik, air mata mengalir deras. Perasaan yang semacam, sebak, takut, insaf semuanya bercampur. Redha memang ini pengakhiranku. Bila tengok barang-barang ini, kita akan sedar sendiri. Kita akan faham tujuan hidup. Kalau nak cerita lebih pun susah sebab kita kena hadap sendiri baru tahu perasaannya. 

Benarlah kata-kata "cukuplah kematian itu sebaik-baik pengajaran" dan inilah cara saya mengingati kematianku.

Terima kasih banyak-banyak Fara. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu. 

Saya dah setting akaun Facebook kepada link contact pewaris sekiranya saya sudah tiada. Kalau nak tahu caranya, anda boleh check di Account Setting > Security Setting  > Legacy Contact. 

Misi menyebarkan ilmu saya teruskan setiap hari. Itu salah satu saham akhirat dalam Pelan Matlamat Kematian. Saya tidak pandai bab agama tetapi saya lebih bab ilmu imej <-- bagi manfaat juga. Apa sahaja ilmu yang anda ada, asalkan bermanfaat dikira saham akhirat. 

Jika saya ada berhutang dengan sesiapa dan terlupa nak bayar, sila PM saya. Mohon maaf di atas sebarang kesilapan andai kata ada terkasar bahasa, terguris rasa. Saya akui saya manusia yang terlalu banyak buat silap dan salah. Moga Allah mengampuni kita semua. Amin. 
Share on Google Plus
}); });