'Kesian dengan graduan under PTPTN, tak bayar kena block' - Ahmad Idham


PUTRAJAYA - Ahad lalu, pengarah filem, Ahmad Idham Nadzri, berkongsikan pandangannya mengenai tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan sekatan keluar negara terhadap peminjamnya yang dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar. 

Tweet Ahmad Idham itu mendapat banyak reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyokong pandangannya. 

"Kasihan saya dengan graduan under PTPTN. Tak bayar, kena block. Nak bayar macam mana kalau peluang pekerjaan pun susah sekarang ni? Adik ke (tindakan seperti ini) pada mereka? Terfikir, kenapa sampai nak kena block Imigresen? Kerajaan dah tak percaya pada rakyat sendiri ke? Bukan ke rakyat yang pilih kerajaan?

"Kalau yang baru kerja, gaji pun cukup-cukup nak bayar keperluan asas saja, kan. Kos saraan hidup kini tinggi, beban hutang belajar lagi, nak tanggung tu. Bukan ke lagi bijak bukakan peluang untuk mereka bekerja di luar negara. Bolehlah mereka menjana pendapatan untuk bayar hutang belajar. Ini (tidak) terus hukum, bukan bagi solution. 

"Maaf, saya bersuara sebab saya risaukan masa depan generasi muda kita. Peluang pekerjaan semakin sukar. Syarikat sudah banyak ditutup. Syarikat besar pun buang pekerja. Jadi?

"Saya sering tertanya-tanya, adakah dengan dijatuhkan sekatan Imigresen pada graduan ini merupakan satu bentuk 'hukuman untuk mendidik' atau untuk menekan? Dikatakan belia adalah masa depan negara, adakah ini salah satu pelan mendidik remaja untuk persiapkan mereka di masa depan? Terus terang saya amat risau akan modul mendidik jika inilah caranya," katanya. 

Sementara itu, segelintir netizen berpendapat bahawa mereka juga bimbang dengan masa depan anak-anak mereka di masa depan jika tidak mendapat pinjaman PTPTN hanya disebabkan oleh peminjam terdahulu enggan membayar balik pinjaman.

Selain itu, netizen juga menjelaskan PTPTN tidak akan mengenakan sekatan sesuka hati terhadap peminjamnya.

"PTPTN hanya akan block peminjamnya yang sudah lama tidak membuat beryaran atau tunggakan lama. Bukannya baru grad dah diblock. Hutang tetap hutang, larilah macam mana pun, hidup akan rasa tak tenang," kata Ayumi. - The Reporter
Share on Google Plus
}); });