Adakah anda pengidap penyakit gastrik? Derita kan bila ianya datang. Banyak kena pantang terutamanya makanan pedas selain mengambil makanan mengikut jadual tertentu. Disini kami kongsikan beberapa tips dan cara kurangkan sakit gastrik.
1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.
- Sehinggit Media