Suami Lempang Aku, Aku Lempang Dia Balik, Ini Cara Aku Ajar Suami Aku


Ini satu kisah benar yang berlaku kepada seorang wanita bergelar isteri. Apabila mula dipukul suami dia ternyata terkejut namun membuat satu tindakan yang amat berani.

Setiap kali dipukul, wanita ini akan terus membalasnya, kalau ditampar dia akan tampar semula suaminya. Wanita ini telah berkongsi kisahnya di laman IIUM Confession yang mendapat tumpuan ramai.

Jom baca:

Ok, aku start rasa nak tulis ni sbb bnyak terbaca confession2 kat sini atau kat KRT ttg suami yg lelaki x guna x guna x guna. Yang aku selalu baca mesti kes lelaki tu x bertanggungjwab, pukul bini dia atau yang pemalas nak tlg2 buat kerja rumah. Bila aku baca2 dan compare, aku rasa si isteri tak patut lembut or lembik sangat. Tak boleh redha je sabar je bila kena balun atau kena pijak kepala.

Aku ni kawin muda tak muda la. Tapi biasa la kawin awal2 tu masing2 tak sedia. Bila kawin terus nah banyak gila benda berubah dalam hidup kau. Dulu ko pikir pasal kepala kau je, bila kawin kena pikir gabung dua kepala. Tak boleh ikut kepala sendiri je kan.

Ok mula2 aku nak cakap pasal kes kene balun ni. Suami aku biasa lah lelaki kan, mesti ada sifat marah. Jadi masa mula2 kawin tu dalam sebulan gitu la, aku merajuk masa tu dalam kereta, dan masa tu 1st time dia pukul aku. Die tolak kepala aku tau, aku macam tersentak la jugak. Pastu aku tolak balik kepala dia. Tak boleh la main kepala ni. Kemudian dalam beberapa bulan tu jadi lagi, kali ni die tampar. Bayangkan parents aku pun tak pernah tampar aku, itu 1st time la aku rasa penampar. Aku terus bangun tampar die balik. Lepas tu ada la jadi lagi dua tiga kali. Setiap kali dia tampar aku, aku akan tampar balik.

Satu malam tu aku dan suami aku ber ‘pillow talk’. Pillow talk ni kami selalu buat dalam seminggu sekali sebelum tidur. Benda ni macam untuk kukuhkan komunikasi la. Masa tu suami aku tanya la kenapa bila dia tampar aku, aku akan tampar dia balik? 

Jadi aku pun jelaskan lah kenapa. Aku cakap kat dia yang aku tak pernah kena tampar seumur hidup aku, parents aku pun tak pernah tampar aku. Aku cakap lagi yg tak elok menampar ni walaupun untuk tujuan mendidik. Sedangkan Rasulullah pun kata kalau nak mendidik boleh pukul bawah dari pinggul sahaja. Yela kalau tampar kan dekat muka, muka kan kat kepala dan kepala kan terletaknya otak kita, jadi trauma mmg akan paling kuat terkesan kalau kepala yg kena impak. Sebab tu tak boleh tampar isteri atau anak2 kalau nak mendidik. Nanti bukan jadi mengajar tapi jadi mereka takut atau benci kita.

Lepas die dengar penjelasan aku tu die pun macam terdiam, lepas tu dia menganguk. Aku pun lega lah sebab dah jelaskan semua tu. Alhamdulillah lepas sesi pillow talk hari tu, die dah tak tampar aku dah. Kalau marah pun die cubit paha je sikit. Gembira betul aku. Aku dulu masa mula2 kena tampar tu mmg trauma, macam rasa tak berguna rasa takut semua ada. Tapi alhamdulillah sekarang kami makin pandai kawal emosi masing2, kalau gaduh pun cepat2 pujuk dan minta maaf. Kalau tak gaduh langsung laki bini tak elok jugak.

Kalau bab tolong2 ni, yang ini pun masalah masa awal2 kawin dulu. Aku pun macam terkejut la tak pasal2 sekarang semua aku kena buat. Hahaha kejutan budaya kau. Lepas tu bergaduh la jugak, aku cakap die buat aku jadi orang gaji la. Aku selalu juga cakap yg Rasulullah dulu banyak tlg isteri dia urus rumah tangga, masak pun baginda rajin. Sekarang dah ok dah, suami aku banyak tlg2 buat kerja rumah. Sekarang ni dia je masak sbb anak bongsu aku ni asyik nak melekat je dengan aku.

Sebenarnya orang lelaki ni dia tak tahu yang dia buat tu salah. Lepas tu kadang2 layan ego pun sama. Isteri tak boleh lembut lembik je, tak boleh redha je. Kena buat sesuatu dan buat segera jangan sampai dah lali dah bosan nanti tak imarah hubungan. Komunikasi tu sangat penting. Selalu hati ke hati dengan pasangan. Tanya apa yang dia gembira dan apa yang dia tak gembira dengan hubungan korang. Tolak ansur pun penting jugak. Sangat penting.

Kalau dulu awal2 kawin rasa macam duduk dengan roomate paling teruk. Hahaha. Tapi dah lama2 masing2 tolak ansur dan berubah untuk kebaikan bersama.

Aku pun tak perfect. Langsung tak weh. Aku pun suami aku train bg boleh masak boleh kemas2 rumah. Degil aku ni pun dia layan je.

Sekarang kami ok, gembira. Boleh layan pokemon go sama2, main WoW sama2. Hahaha yang itu suami aku yang train aku. Nanti kalau ada post how to train your wife, itu confirm suami aku yang post kakakaka. Ok korang semoga berkat hubungan korang dengan pasangan masing2. Sepakat bersama till jannah insyallah.

Walaupun cara ini nampak kasar tapi akhirnya si suami sudah tidak memukul isterinya lagi
Share on Google Plus
}); });