Steve Hui merupakan pakar keselamatan perjalanan udara. Setiap hari beliau ternampak beratus gambar perkongsian boarding pass dimuat naik ke laman media sosial oleh golongan yang mahu menunjuk-nunjuk pada rakan tentang percutian mereka yang akan datang.
Namun, golongan ini tidak sedar bahawa tindakan memuat naik gambar-gambar seperti itu boleh menjejaskan perancangan perjalanan mereka.
Bagi membantu orang ramai mengelakkan diri mereka menjadi mangsa, Steve telah menulis satu artikel yang mengandungi informasi-informasi penting yang anda perlu tahu.
Steve Hui | Foto - news.com.au
Boarding pass bukan hanya memaparkan nama dan destinasi penerbangan anda, tetapi memberi peluang kepada penjenayah untuk mengakses maklumat-maklumat sulit dan mereka berupaya mengubahsuai atau membatalkan tempahan anda.
Betapa mudahnya mendapat akses pada maklumat sulit seseorang individu itu?
Saya selalu melihat netizen memuat naik gambar-gambar boarding pass yang tertera nama dan destinasi mereka semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada rakan mereka di media sosial. Ada yang membeli kelas pertama atau kelas perniagaan, jadi mereka mahu berkongsi rasa teruja mereka di media sosial.
Terdapat beberapa maklumat penting yang dicetak pada boarding pass seperti: nama anda, nombor tiket atau nombor tempahan dan barcode.
Foto - news.com.au
Pada 30 Ogos, ada seseorang individu memuat naik gambar boarding pass di media sosial, jadi saya mengambil keputusan untuk menyiasat sebanyak mana maklumat yang boleh diakses. Beberapa maklumat penting mengenai penumpang terpaksa dikaburkan bagi tujuan keselamatan.
Gambar ini dimuat naik oleh seorang penumpang Virgin Australia di bawah kendalian Delta Airlines.
Delta telah memberikan banyak maklumat mengenai penumpang ini termasuk nombor E-Ticket, booking reference, frequent flyer number dan berapa banyak bagasi yang telah didaftar masuk.
Foto - news.com.au
Bagi mengetahui sama ada sistem mereka lemah atau sebalik, saya ambil keputusan untuk mencubanya sendiri di laman sesawang Delta dengan menggunakan segala maklumat yang sedia ada.
Di bawah 'Manage My Booking'. apa yang diperlukan adalah nama penumpang dan nombor E-Ticket atau booking reference. Berdasarkan maklumat yang tertera di boarding pass itu, saya berjaya log masuk ke tempahan dan melihat semua butiran penumpang berkenaan.
Foto - news.com.au
Dari butiran itu, saya dapat melihat semua itinerary, bila dan ke mana destinasi perjalanan mereka. Maklumat itu juga termasuk nombor tempat duduk, frequent flyer details dan nombor tiket.
Bukan itu sahaja, malah maklumat seperti berapa harga tambang tiket yang dibayar termasuk tarikh tiket dibeli dan empat digit terakhir kad kredit yang telah digunakan juga boleh didapati.
Foto - news.com.au
Bagi individu yang mempunyai niat jahat boleh menggunakan maklumat seperti ini untuk membatalkan atau menukar penerbangan, menukar tempat duduk atau beberapa perkara yang lain sehingga menimbulkan masalah pada perjalanan anda.
Foto - news.com.au
Lebih menakutkan, barcode yang tertera pada boarding pass juga tidak selamat.
Berdasarkan gambar di atas, pemilik boarding pass terbabit dilihat cuba menyembunyikan nama dan tarikh penerbangannya. Namun dia terlupa barcode boarding pass masih kelihatan. Ini adalah satu perkara yang orang ramai seringkali terlepas pandang.
Barcode yang dicetak pada boarding pass tersebut mengandungi informasi mengenai penumpang yang dicetak dalam format khas yang hanya boleh dibaca oleh pengimbas barcode.
Di fikiran anda mungkin menyangka peralatan komputer di lapangan terbang sahaja yang boleh membaca barcode tersebut. Tetapi sebenarnya, sesiapa saja boleh membacanya. Terdapat banyak pengimbas barcode yang disediakan secara online di internet.
Foto - news.com.au
Dalam kes ini, saya mampu mendapatkan kesemua maklumat penumpang berkenaan tanpa perlu melihat boarding pass yang penuh.
Mengakses kesemua maklumat ini adalah sangat mudah tidak seperti yang anda jangkakan dan jelas sekali adalah satu tindakan yang mengundang bahaya jika memuat naik gambar boarding pass di media sosial.
Bukan sahaja masalah kecurian identiti boleh berlaku, anda juga mungkin akan dilanda masalah kewangan yang serius jika terdapat pihak yang menggunakan kaedah ini untuk mengawal akaun frequent flyer.
Jadi, berhati-hatilah bila anda mahu memuat naik gambar boarding pass kerana risiko kecurian identiti adalah tinggi. Cukuplah anda sekadar memuat naik gambar percutian anda di media sosial dan ia lebih selamat berbanding memuat naik gambar boarding pass.
Sumber: The Reporter