Wajib Tahu!! Tanda-tanda Badan Anda Terlebih Racun. Detox Segera!


Badan beracun atau bertoksin sering membuat kita keletihan, tidak bermaya, hilang tumpuan dan macam-macam lagi. Anda jangan sesekali membiarkan toksin berkumpul didalam badan kerana akan memudaratkan kesihatan.

Apa Itu Detox?

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama. 

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Apa Itu Toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan

- Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
- Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
- Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
- Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
- Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
- Masalah sendi
- Masalah kulit
- Selulit, kenaikan berat badan

Cara Rawatan Mudah

- Minum jus buah
- Banyakkan minum air kelapa
- Kerap Minum air putih suam
- Minum Teh Hijau
- Banyakkan memakan dark chocolate
- Makan kuaci

Berikut merupakan cara paling mudah untuk membuang toksin dalam badan. Harap bermanfaat untuk semua. Jangan lupa kongsikan artikel ini
Share on Google Plus
}); });