Foto - Harian Metro |
"Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya," katanya selepas melihat beberapa gambar kejadian yang ditunjukkan oleh Harian Metro.
Lapor Harian Metro, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail itu diterima daripada keluarga pelajar, jam 6 petang, 7 November.
"Saya lihat kejadian itu ketika hendak menghantar anak untuk menduduki hari pertama SPM. Apabila saya bertanya mengapa buat begitu terhadap pelajar, pengetua menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.
"Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.
"Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.
"Bila saya tanya, tidakkah ada cara lain selain duduk di atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya. Tetapi pengetua itu seolah-olah menyindir dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku bagi memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan," katanya waris pelajar yang tidak mahu namanya didedahkan.
Dr Mohd Ali pula menganggap tindakan pengetua sekolah berkenaan agak keras dan tidak wajar dilakukan. Bagi beliau, pelajar seharusnya diberi amaran terlebih dahulu dan bukannya terus diperlakukan sedemikian.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat dakwaan itu.
"Kementerian memandang serius berhubung kejadian itu. Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberi kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi," katanya.