Tak Mampu Bayar Sewa Ambulans, Pengemis Tolak Mayat Isteri Sejauh 80 Kilometer

HYDERABAD, INDIA - Seorang pengemis terpaksa menolak mayat isterinya menggunakan kereta sorong sejauh 80 kilometer kerana tidak mampu menyewa ambulans untuk membawa mendiang pulang ke kampung untuk dikebumikan, lapor Daily Mail.

L Ramulu, 53, berkata, dia dan isterinya, Kavita, 46, pergi ke Hyderabad selepas mendapat tahu ada sebuah agensi bantuan mahu memberikan beras percuma kepada pengemis, Jumaat lalu. Bagaimanapun, ketika baru mendaftar di agensi itu, Kavita yang sudah lama sakit, tiba-tiba meninggal dunia.

Menurut Ramulu, pihak hospital mengenakan bayaran Rs5,000 (RM315) untuk perkhidmatan ambulans bagi membawa mayat mendiang pulang ke kampungnya di Sangareddy. 

Pada waktu itu, Ramulu hanya mempunyai RM62 sahaja, menyebabkan dia terpaksa membina kereta sorong untuk membawa mayat isterinya pulang ke kampung sejauh 80 kilometer untuk dikebumikan.

Namun, setelah lebih kurang 40 kilometer perjalanan, Ramulu rebah dan menangis kerana terlalu penat. 

Orang awam menyangka kelakuan Ramulu sebegitu hanya kerana mahu meminta sedekah, sebelum menyedari pengemis itu sebenarnya dalam kesusahan kerana tidak mampu meneruskan perjalanannya yang jauh itu. 

Bersimpati melihat keadaan pengemis itu, orang awam tampil membantu membayar caj perkhidmatan ambulans bagi membawa Ramulu dan mayat isterinya pulang ke kampung. - The Reporter

Share on Google Plus
}); });