Meninggal Dunia Selepas 8 Bulan Jalani Pembedahan

INDIA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang sebelum ini terpaksa hidup dengan kepalanya bengkok 180 darjah selama 12 tahun dan berjaya dipulihkan selepas menjalani pembedahan, dilaporkan telah meninggal dunia, lapor Daily Mail.

Mahendra Ahirwar, 13,  meninggal dunia selepas lapan bulan menjalani pembedahan tersebut, meninggal dunia secara tiba-tiba. 

Ibunya, Sumitra, 36, berkata, Mahendra sebelum itu sedang menikmati makanan tengah harinya sambil baring menonton televisyen dan meninggal dunia tanpa sebarang kesakitan. 

"Banyak perancangan yang telah saya sediakan untuknya. Saya mahu dia melalui zaman dewasa seperti orang lain. Malah dia berimpian membuka kedai runcit dan kami akan membantunya. Namun, seluruhnya impiannya hanya tinggal impian. 

"Pada hari kejadian, dia melakukan rutinnya seperti bermain, bersarapan, mandi berjalan di sekitar rumah dengan kerusi rodanya. Selepas makan tengah hari, dia mahu menontoh televisyen dan saya pasangkan untuk dia.  

Mahendra Ahirwar yang dilahirkan dalam keadaan normal menghidap penyakit gangguan otot pada bahagian leher | Foto - Cover Asia Press
"Tak berapa lama kemudian, dia terbatuk sebanyak dua kali dan meminta saya mengurut dadanya. Namun apabila dia cuba batuk untuk kali ketiga, dia menghembuskan nafas terakhir.

"Saya mula menangis dan memanggil namanya. Saya berlari ke luar rumah meminta bantuan jiran untuk menghubungi doktor yang datang 15 minit kemudian. Doktor mengesahkan Mahendra sudah meninggal dunia. 

Gambar Mahendra dengan keluarganya selepas berjaya menjalani pembedahan di UK | Foto - Cover Asia Press
"Bagaikan satu tamparan buat diri saya, saya terus memeluknya sekuat hati. Saya tidak mahu dia pergi," kata Sumitra. 

Jasad mendiang Mahendra dikebumikan mengikut upacara tradisional masyarakat Hindu pada hujung minggu lalu yang dihadirkan oleh ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan terdekat. 

Sebelum ini, kisah Mahendra pernah menjadi tumpuan dunia dengan penyakitnya yang jarang berlaku itu. - The Reporter

Share on Google Plus
}); });