Halba atau Biji Halba adalah sejenis rempah ratus atau herba yang lazimnya digunakan untuk memasak kari dan sebagainya. Herba ini tergolong dalam keluarga kacang pis dan mula ditemui pada makam Firaun Tutankhamun.
Kajian juga telah dilakukan dan mendapati bahawa tumbuhan herba ini telah muncul sekian lama sejak 1500 sebelum masihi lagi.
Sifatnya yang beraroma membuatkan ia menjadi antara ramuan rempah ratus terpenting dalam kebanyakkan hidangan ala india dan timur tengah. Untuk pengetahuan anda, ia juga turut digunakan untuk tujuan ubat-ubatan.
Kajian secara klinikal telah membuktikan bahawa Biji Halba dapat memperbaiki gejala metabolisma yang sering dikaitkan dengan penyakit diabetes iaitu dengan menurunkan kadar gula dalam darah.
Apa yang lebih menarik, wanita dahulu kala juga mengamalkan pemakanan makanan yang mengandungi atau dimasak dengan Biji Halba untuk menghasilkan susu badan yang banyak selain turut menjadi penawar kepada masalah penghadaman, gout, ekzema serta mati pucuk. Hebat bukan khasiatnya?
Untuk pengetahuan anda, selain menurunkan kadar glukosa dalam darah ia juga berfungsi untuk mengawal kolestrerol. Jika anda menelan kapsul serbuk Biji Halba, serbuk tersebut yang akan hadam di dalam perut bakal bertindak untuk menyerap lebihan gula manakala kehadiran amino asid pula akan membantu untuk menggalak penghasilan insulin.
Berdasarkan laporan kajian, jika seseorang mengambil 1-2 auns serbuk Biji Halba ke dalam pemakanan seharian mereka selama 20 hari berturut-turut, ia akan berjaya mengurangkan kolesterol jahat serta menurunkan kadar lemak dan minyak yang menjadi punca kepada strok.
Biji dan daun pokok Halba boleh menjadi perisa tambahan (manis dan rasa kekacang) pada sesetengah masakan. Biji Halba atau dikenali dengan nama Fenugreek juga boleh diambil dalam bentuk kapsul, tablet atau teh.
Ada juga individu yang akan merendam biji Halba semalaman sebelum meminum air rendaman tersebut keesokan paginya. Anda diingatkan supaya mengawal pengambilan Biji Halba dengan berpandukan nasihat pakar perubatan agar tidak terkena kesan sampingan seperti cirit birit dan kembung perut.
Ibu-ibu mengandung harus berehat seketika dari mengamalkan pemakanan Biji Halba kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan ‘kontraksi awal’.