(Foto & Video) Bayi Perempuan Baru Lahir Dibuang Dalam Semak


MIRI - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam semak di Jalan Tudan, Lutong, petang tadi. 

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada jam 2 petang oleh orang awam yang terdengar tangisannya. 

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai penemuan itu  sebelum menghantar pasukannya ke lokasi kejadiannya. 

Menurut beliau, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan antara dua hingga empat jam sebelum dibuang ibunya dalam semak. 



Bayi perempuan ini ditemui dalam semak dan digigit semut menyebabkan wajahnya bengkak serta beberapa lagi bahagian badannya turut bengkak. | Foto - Netizen

Bayi malang itu kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan. - The Reporter

Share on Google Plus
}); });