“Biarlah Tak Tunjuk Pada Orang Kebahagiaan Kita, Kerana Manusia Sanggup Buat Apa Saja Kalau Dengki”


Ramai pasangan suami isteri gemar memuat naik gambar-gambar yang memaparkan kebahagiaan hidup berumahtangga di media sosial, seolah terdapat satu pertandingan bawah sedar siapa yang paling bahagia. Apabila ditegur, ada di antara mereka yang melenting. Iyalah, akaun media sosial peribadi, hak mereka hendak muat naik gambar apa pun. Kalau tak suka, silakan unfollow, hide, unfriend dan sebagainya.

Namun, cerita di bawah ialah satu justifikasi kukuh mengapa gambar-gambar kebahagiaan rumahtangga anda tidak sepatutnya ditayangkan untuk tontonan umat manusia lain. Ini ialah kerana, rambut kita sama hitam, tapi hati manusia sukar diduga. Ikuti kisah yang dihantar oleh wanita ini kepada Facebook Kisah Rumah Tangga.

Salam admin. Sorokkan Facebook saya, ya.

Di sini saya nak meluahkan dan menceritakan kisah hidup saya. Tahun 2010 saya mula kenal apa itu Facebook. Saya selalu masuk gambar dalam Facebook dengan pakwe saya.

Tahun 2011, kami kahwin, masih lagi menunjuk-nunjuk gambar dalam Facebook. Setiap apa yang saya buat saya update status. Setiap gambar saya pergi mana-mana, saya upload. Kami hidup bahagia selama dua tahun lebih.

Tahun 2013 datang, saya jadi benci gila dekat suami, suami pun sama, benci dengan saya. Bukan itu saja, saya benci juga keluarga mertua. Tak tahu kenapa.

Betapa seksa hidup saya ketika bergelar ibu tunggal masa itu dengan anak yang berumur 1 tahun lebih dan 4 bulan. Saya hampir nak bunuh diri.

Sebelum kejadian suami benci saya dan saya benci suami, saya pernah bermimpi ular hitam, selepas itu bunyi guli dalam jam 3.00 pagi, saya masak nasi jadi basi walaupun saya masak pagi dalam jam 8.00 pagi, jam 12.00 tengahari dah basi.

Saya bagitahu suami dan cakap mungkin sihir, tetapi dia tak percaya sampailah kami bercerai-berai.

Kehidupan bergelar janda tak mudah, tetapi saya bahagia dengan anak-anak dan tak terfikir untuk cari lelaki lain kerana saya masih cintakan bekas suami.

Bukan tak ada yang nak saya. Ramai sangat sebab saya boleh di katakan memiliki rupa paras yang cantik juga.

Selepas bercerai tu, tahun 2014, saya sakit. Saya pernah meracau masa Maghrib. Saya tak boleh bernafas, saya tak boleh mengucap dua kalimah syahadah. Rasa nak mati. Selepas mak bagi air zamzam, saya sedar dan dapat mengucap.

Saya ingatkan lepas bercerai, saya dah tak sakit lagi. Rupanya tahun 2015, saya kena lagi sihir. Saya sakit pinggang sampai ke bawah macam lumpuh. Betapa sakitnya, ya allah.

Selepas saya berubat saya sembuh. Selepas tiga tahun berlalu, jodoh dengan bekas suami begitu kuat. Saya nikah semula dengan bekas suami. Tak sampai setahun pun lagi nikah, saya disihir lagi.

Sihir ini buat saya sakit yang teramat sangat. Saya sakit kepala setiap detik dan saat. Bagaikan nak pecah kepala saya. Tengkuk/ leher saya pun sama ibarat saya dukung orang dewasa atas leher saya ini.

Setiap Maghrib saya macam orang gila meraung, menangis tahan kesakitan. Saya dah rasa macam nak mati sebab tak boleh nak tahan sakit ini.

Saya percaya ini sihir kerana, saya pernah buat rawatan di hospital dan makan ubat dos yang kuat tetapi kepala saya masih lagi sakit dan saya juga buat imbasan CT.

Sekarang saya masih lagi berubat merata tempat untuk sembuh. Saya baru nak bahagia semula bersama bekas suami, tetapi terjadi balik perkara yang dulu dan sekarang saya ada rasa benci pada suami macam tiga tahun yang dulu.

Kenapa saya tak boleh bahagia macam orang lain? Saya asyik sakit sekarang ini. Merata tempat saya pergi berubat tetapi tak rasi dengan saya.

Setelah apa yang berlaku, gambar-gambar saya, saya tak pernah letak dalam Facebook mahu pun Instagram.

Biarlah tak tunjuk pada orang kebahagiaan kita, asalkan diri kita dan suami tahu kita bahagia, kerana manusia sanggup buat apa saja kalau dengki.

Mohon warga KRT doakan saya sembuh dan bahagia dengan suami saya buat kali kedua sehingga syurga.

-----------------------------

Pasangan yang ghairah memuat naik gambar kebahagiaan di media sosial dengan kapsyen sweet dan hashtag #tilljannah terdedah kepada perbuatan hasad dengki manusia lain, meskipun anda tidak menyangka.

Percayalah, ada yang sanggup menggunakan sihir dan bersekongkol dengan syaitan kerana hendak memuaskan hati yang sakit melihat kebahagiaan orang lain.

Oleh sebab itu, simpanlah kebahagiaan itu untuk dinikmati anda berdua saja. Kebahagiaan itu tetap wujud walaupun orang lain tidak tahu. Tak begitu? 

Sumber: amazingnara.com
Share on Google Plus
}); });