Beratnya dugaan wanita warga tua ini. Pemergian orang tersayang tidak mematahkan semangatnya untuk menziarahi pusara mereka setiap hari. Hanya Allah saja yang tahu, betapa rindunya dia pada suami, anak dan cucunya.
Sungguh, kasih sayang itu tidak pernah terpadam sehinggalah ke hujung nyawa.
ISNIN, 11:00 PAGI, 7 NOVEMBER 2016
Tadi selepas menghantar seseorang di kawasan Klinik Kesihatan Mahmoodiah, saya ayu melihat satu susuk tubuh duduk di pinggir jalan Kubur Mahmoodiah. Entah tak tahu apa yang ditunggu olehnya.
Awan kian mendung, seakan mahu hujan. Lalu saya menjemput nenek ini menaiki kereta saya dan bertanyakan ke mana beliau mahu pergi.
"Mahu pulang ke rumah, tetapi tiada duit untuk pulang," katanya.
Dan saya pun menghantarnya pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan itulah dia berkongsi pengalaman hidupnya. Nenek ini kehilangan suami, anak dan cucunya. Hampir setiap hari beliau akan menziarahi pusara arwah suami, anak dan cucunya sendiri.
Sungguh besar dugaan dan ujian nenek ini. Beliau seorang yang tabah dan kuat pada zahirnya saya rasa. Tetapi di dalam hatinya, saya tidak mampu untuk mentafsirkan.
Terima kasih wahai nenek, mendoakan saya sepanjang perjalanan tadi. Sesiapa yang pernah ternampak susuk tubuh ini, sudikanlah membantu beliau. Semoga Allah pelihara nenek. - Fqzit | The Reporter