'Anak Hilang Sejak 3 November' - Masita

Masita menunjukkan laporan polis dan gambar Faiz | Foto - Harian Metro

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir keluar dari rumahnya, 3 November lalu. 

Ibu kepada remaja berkenaan, Masita Rahmat, 40, berkata, anak kedua dari empat beradiknya itu, Muhammad Faiz Razaki, kali terakhir keluar dari rumah dengan berpakaian baju Melayu berwarna merah dan berbasikal bersama rakannya di sebuah pasar raya di Masai Lama. 

Masita dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa, anaknya dilihat berbasikal bersama rakannya, Ucop, ke kawasan Bukit Sambung di Kota Masai. 

"Lebih enam hari Faiz tidak pulang dan kali terakhir dia berpakaian baju Melayu berwarna hijau dan berseluar sekolah yang dipinjam dari rakannya selepas bermalam di rumah rakannya itu. 

"Dia selalu keluar dan tidur di rumah rakannya selepas meminta izin. Namun kali ini disebabkan saya dan suami bekerja dan hanya tinggal anak sulung kami, dia menegah adiknya itu agar tidak keluar dari rumah," katanya kepada wartawan Harian Metro, semalam. 

Menurut Masita, anaknya yang berketinggian 154 sentimeter itu dikatakan bersembahyang di sebuah masjid di Taman Kota Masai sebelum kumpulan berbasikalnya berpecah dengan FAiz dan Ucop menuju ke Bukit Sambung. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana orang hilang. 

Share on Google Plus
}); });