Anak-Anak Hari Ini Terlalu Dimanjakan Sehingga Hilang Rasa Hormat Pada Guru


Rasa macam nak gelak pun ada, rasa hairan pun ada bila baca berita pelajar-pelajar kena denda dengan guru sebab datang lewat. Segelintir ibu bapa pula menganggap perbuatan itu tidak patut.Ya Allah, betullah kata ulama. Bermulanya kerosakan akhlak seorang anak itu bila ibu bapa lebih menjaga hati anak-anak berbanding anak-anak menjaga hati ibu bapa. 

Waktu saya belajar dulu, cikgu cubit ada tiga langkah, tanam kuku di dada, pulas dan angkat. Bila pergi ke tandas dan tengok di cermin, dada merah dan air mata pun bergenang.

Dulu, cikgu matematik saya sangat garang. Salah jawab soalan, di depan satu kelas, muka kena tonyoh di papan hitam. Berasap papan hitam sebab waktu itu masih menggunakan kapur. Cikgu english kami dulu, kalau buat bising atau tak siapkan kerja rumah, backhand terus di kepala sampai terpelanting songkok. Saya selalu kena tampar hampir setiap hari, sampai air mata pun bergenang. Tetapi langsung tak berani nak mengadu pada ibu sebab ibu akan belasah lebih teruk bila dapat tahu saya dipukul oleh cikgu.

Apabila saya sudah berkeluarga dan ada anak, saya rasa rindu dengan cikgu-cikgu yang pukul saya dulu. Sayang sangat pada mereka. Bila datang ke sekolah semula dan cerita balik yang cikgu pernah pukul dan cekik saya dulu sampai terangkat. Terima kasih cikgu, asbab cikgu saya jadi seperti sekarang. Bergenang air mata cikgu itu. 

Sebenarnya guru tak nak duit daripada kita, cukuplah anak murid dia datang semula ucap terima kasih. Kalau kita mampu, sponsor apa yang patut seperti aircond, tikar getah, almari fail atau lain-lain sebagai tanda kita berterima kasih. 

Saya pernah beritahu pada isteri saya, 

"Nanti Abu bakar sekolah. Kalau dia nakal dan buat salah di sekolah, abang akan minta cikgu rotan dan tampar. Biar dia rasa sebab dia salah. Biar cikgu ajar dia menjadi manusia yang tahu adab! Tak aci ayah kena, takkan anak kita tak kena? Haha," 

Malangnya hari ini, anak-anak dimanjakan oleh ibu bapa yang berjaya, berkarier, profesional yang mana dulu pun mereka pernah kena lebih teruk daripada itu, asbab itulah mereka berjaya. 

Malangnya kita sebab ibu bapa lupa, manjakan anak sehingga anak-anak dah hilang rasa hormat pada guru. Bila hilang rasa hormat, maka hilanglah keberkatan ilmu dalam kehidupan. Bila hilang keberkatan, maka beri kesan yang sangat besar pada negara nanti. 

Ya Allah, sedihnya, guru mengajar dalam keadaan ketakutan, guru mengajar hilang keseronokan. Kasihan sangat nasib guru hari ini, pelajar boleh tunjuk jari pada cikgu, boleh panggil cikgu dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Ingatlah, jangan asbab profesional kita, mata kita buta, hati mati dalam mendidik anak-anak kita. 

Ya Allah, tingkatkanlah darjat guru di akhirat nanti walaupun mereka dihina dan tertekan di dunia ini. Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang menyayangi anak-anak kami keranaMu. Ya Allah, maafkan kami. Amin.

Kongsikan pada semua, biar ada yang terasa dan tersedar. - Ustaz khailil Razak | The Reporter

Share on Google Plus
}); });