Jangan di buat main pasal makeup ni, seorang wanita diceraikan gara-gara muka lain tanpa makeup tau.
Seorang suami bertindak menceraikan isteri yang baru dikahwini selepas pertama kali melihat wajah wanita itu tanpa makeup. Pasangan suami isteri tersebut ketika itu sedang bersantai di pantai sehinggalah si suami terkejut melihat muka si isteri mulai basah dengan makeup di wajah semakin pudar.
Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang pakar psikologi iaitu Dr. Abdul Aziz Arsaf yang bertanggungjawab memberi kaunseling kepada wanita itu yang kini berhadapan dengan masalah tekanan perasaan selepas diceraikan.
Alasan yang diberikan si suami adalah si isteri telah menipunya. Malah, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya tidak secantik sebelum mereka berkahwin.
Menurut Dr. Arsaf, si isteri ada memasang niat untuk memberitahu si suami tentang perkara sebenar tentang dirinya tapi sudah terlambat. Selain dari memakai bulu mata palsu, wanita itu juga turut melakukan pembedahan kosmetik pada wajahnya.
Difahamkan, si suami tidak akan cuba untuk kembali bersama isterinya.
Sumber: Siakap Keli