'RM1.00 Saja Untuk Ubat Ini? Biasa Klinik Private RM25 Sekotak!'


Jujur kata, ramai yang memberikan persepsi negatif terhadap perkhidmatan kerajaan terutamanya klinik. Dakwaan seperti pihak klinik lambat memberi rawatan, pesakit lama menunggu giliran bagai, seringkali menjadi rungutan wajib mereka. Bertambah malang lagi jika ada individu yang mengambil tindakan menyebarkan dakwaan tidak benar mengenai klinik di media sosial. 

Namun, berapa ramai yang sedar bahawa Kerajaan Malaysia telah memberikan banyak subsidi perubatan kepada rakyatnya? Baca kisah lelaki ini yang terdesak mencari ubat bagi merawat penyakit asmanya.

Aku memang ada penyakit asma. Bukan Asma ul Husna Nas ali kaya itu. Okay, tak kelakar. 

Malam semalam, dada aku sempit. Jadi aku pun carilah Ventolin. Dah nak habis rupanya. Aku sedut, tetapi tak lega. Mungkin kerana dosnya tidak mencukupi. Kesempitan dada itu membuatkan aku tidak dapat tidur sampai ke sudah. 

Siang tadi (10 September 2016), aku pergi ke Lipis. Selain melawat Pipi yang baru pulang ke pangkal jalan, aku juga perlu mencari Ventolin. Kalau tak, mampus malam ini aku tak dapat tidur juga. 

Tiga farmasi di Lipis aku kunjungi, semuanya tutup. 

"Setan betul!"

Selepas itu, ada rakan beritahu yang aku boleh cuba dapatkan Ventolin di Klinik 1Malaysia. Dia menghubungi rakannya yang bekerja di klinik tersebut dan dimaklumkan bahawa ubat itu masih ada stok. Inilah namanya ada cahaya di hujung terowong. 

Tanpa membuang masa, aku terus pergi ke klinik tersebut. Menurut kakitangan yang jaga bahagian pendaftaran, hanya aku seorang saja yang datang ke klinik itu hari ini. Orang lain tunda sakit mereka selepas raya haji gamaknya. 

Aku bayar RM1, kemudian terus dipanggil untuk berjumpa dengan doktor, sekelip mata sahaja. Aku beritahu doktor yang aku mahukan Ventolin. Doktor tulis dalam slip dan aku terus pergi ke bahagian farmasi untuk mengambil ubat. Tak sampai pun lima minit woih!!

Semasa di farmasi, aku tanya, "ada kena bayar apa-apa lagi tak?" 

"Tak ada. Cukup RM1 yang Encik Mutalib bayar tadi." kata kakitangannya. 

What the fish? RM1 untuk ubat Ventolin ini? Selalu aku pergi ke PCMC, dekat RM25 mereka caj harga ubat itu pada aku. Tak boleh claim pula tu! Ini benda yang sama, cuma RM1 di Klinik 1Malaysia. 

Aku sedut 3 kali Ventolin itu dengan linangan air mata. - Mutalib Uthman | The Reporter
Share on Google Plus
}); });