Namun, apakah benar informasi yang ternyata di bungkusan produk 3-in-1 ini benar-benar mengikut sukatan yang betul atau berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?
Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, yang membongkar sedikit informasi mengenai produk 3-in-1 yang kita sebagai pengguna tidak ketahui selama ini.
Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.
"Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
"Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut," katanya.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius. - Dr Zubaidi Hj Ahmad | The Reporter