Ibu Bapa Wajib Simpan Duit Untuk Anak, Paling Lewat Sewaktu Anak Berumur 6 Bulan


Di zaman ini, adalah penting ibu bapa membuat simpanan untuk anak-anak di usia mereka masih bayi demi masa depan mereka. Iyalah, harga barang atau perkhidmatan semakin hari semakin naik, maklumlah negara kita mengejar status negara maju, tetapi gaji pula tidak begitu diutamakan.

Berapa yang perlu disimpan setiap bulan untuk masa depan anak-anak? Baca perkongsian dari Puan Nur Izah ini:

1. Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat sewaktu anak berumur 6 bulan. 

2. Simpan duit anak secara konsisten ke akaun Tabung Haji anak. Contohnya, RM30 sebulan (RM1.00 sehari). 

3. Buat direct debit bagi memudahkan urusan. 

4. Jika anda buat potongan gaji setiap bulan, ia lebih menyenangkan. 

5. Selepas 17 tahun, ibu bapa perlu membuat persediaan anak bagi melanjutkan pengajian. Anak kita sudah ada lebih RM10,000. 

Nilai Prinsipal: RM6,220
Nilai Dividen: RM4,706
Jumlah Simpanan: RM10,926

6. Ini tidak termasuk lagi duit raya yang diterima oleh anak setiap tahun, duit tabungan anak dan lain-lain. Jumlahnya akan meningkat lebih banyak. 

7. Ibu bapa seringkali terguna duit anak bagi tujuan yang penting. namun begitu ibu bapa wajib menggantikan duit yang telah digunakan. Anak pun tak sedih hati. 

8. Beringatlah, simpanan hari ini akan memudahkan hidup anak kita di kemudian hari. 

Share on Google Plus
}); });