Daging Burger McDonald's Malaysia Adalah Buatan Tempatan - JAKIM


PUTRAJAYA - Susulan viral dakwaan seorang netizen yang mendakwa daging burger restoran makanan segera terkenal dunia mengandungi daging orang Islam dari Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil mengeluarkan kenyataannya. 

JAKIM menegaskan bahawa produk daging keluaran McDonald's di negara ini merupakan buatan tempatan. 

"Viral berkenaan dakwaan daging orang Islam di Palestin dimasukkan sekali dalam daging McDonald's mula tersebar dalam kalangan netizen di alam maya. 

"Untuk makluman para pengguna sekalian, daging burger McDonald's yang berada di pasaran Malaysia adalah buatan tempatan. Justeru, adalah mustahil perkara ini berlaku di Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal, JAKIM. 

Dalam kenyataan itu juga, JAKIM menegaskan bahawa McDonald's Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia. 

Dalam pada itu, JAKIM meminta orang ramai yang mempunyai kemusykilan mengenai isu viral dan statu halal, membuat semakan di laman web www.halal.gov atau aplikasi 'MyJakim'. - The Reporter
Share on Google Plus
}); });