Waze ingin memudahkan pengguna mengenal-pasti dan mengelak persimpangan yang sukar

Waze Persimpangan Sukar

Untuk sesetengah pemandu, persimpangan tanpa lampu trafik mungkin sesuatu yang sangat melecehkan memandangkan perlu menantikan waktu yang lama dan mungkin kadang-kala tidak begitu berani untuk memasuki lorong lain. Kini, Waze yang sedia memudahkan proses navigasi pengguna turut ingin mengatasi masalah berkenaan.

Melalui fungsi baru yang diuji di Amerika Syarikat, ia membolehkan pengguna mengelak persimpangan yang sukar, sekaligus membolehkan anda melalui laluan yang lebih selamat dan mudah untuk dilalui.
Waze mengatakan melalui fungsi baru ini mereka ingin mengurangkan laluan menggunakan persimpangan yang sukar, dan bukannya mengelak ia secara keseluruhan. Waze juga akan mengambil kira waktu perjalanan dan mengurangkan kesan terhadapnya dalam mencadangkan laluan tanpa persimpangan yang sukar.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Waze akan memperkenalkan fungsi ini pada peringkat global.

Sumber Rujukan: Waze
Share on Google Plus
}); });