Tips Kulit Cantik Dan Gebu Menjelang Raya
Oleh Syakireen Othman. Sumber FB Fierra HussinTinggal beberapa hari je lagi umat Islam bakal menyambut hari kemenangan setelah berpuasa selama sebulan iaitu meraikan Hari Raya Aidilfitri. Masa raya nanti mesti ramai yang ingin tampak cantik jelita dari segala serbi. Seorang pengguna laman sosial Facebook iaitu Fierra Hussain ada berkongsikan tips untuk kulit cantik dan gebu yang mana boleh kalau nak amalkan bermula sekarang ini. Tapi pastikan kulit anda tidak sensitif dari menggunakan barangan dan juga cara yang diajar oleh Fierra ini. Menurut Fierra, petua kecantikan ini diamalkannya sejak sebelum ini dan selama turun-temurun.
Skrub Beras (Untuk buang daki, kulit mati & melembutkan kulit seperti bayi)
Cara membuat skrub beras:
1. Sediakan beras, kuali, mesin pengisar
2. Beras digoreng tanpa minyak sehingga garing dan warna kuning keemasan, tutup api (jgn sampai hangit pulak)
3. Beras dah tak panas, kisar sehingga halus seperti dlm gambar diatas
4. Simpan ditempat kering dlm bekas yg bertutup utk tahan lama (jgn letak dalam peti ais pulak)
P/s: Boleh pakai skrub beras satu sudu utk seluruh muka, campurkan air sikit dan sapu ke kulit muka secara lembut.. Boleh jg pakai ke seluruh badan dan campurkan dgn susu tepung (tak kisah jenama ape) utk hasil kulit yg lbh lembut & putih.. Amalkan seminggu sekali sehingga kulit bertambah baik & berterusan 2 kali sebulan..
Amaran: Tak digalakkan utk kulit muka yang tgh naik jerawat yg masih merah2.. Tunggu sehingga jerawat kering baru pakai ya..
Masker Baking Powder & Lemon
(Untuk mengecilkan pori2, blackhead, tona kulit lebih sekata & putih)
Cara membuat:
1. Sediakan lemon, baking powder & piring
2. 1-2 sudu besar baking powder
3. Hiris lemon & perahkan air lemon ke atas baking powder yg diletakkan didlm piring/bekas
4. Kacau keduanya (air perahan lemon & baking powder) sehingga rata
5. Pastikan muka bersih dan boleh terus dipakai
p/s: Pakai sebelum tidur selama 20-30 minit kemudian dicuci dgn air sehingga bersih. Amalkan seminggu sekali sehingga kulit bertambah baik & berterusan 2 kali sebulan..
(Baking powder atau baking soda mempunyai fungsi yg sama sbg serbuk penaik namun lebih digalakkan guna Baking SODA utk hasil yg lebih baik)
Ini adalah sewaktu pakai mask lemon & baking soda
Lebih kurang macam ni lah hasilnya.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!