Sudah bersedia berkahwin, neelofa tunggu calon

3-Sudah-Bersedia-Berkahwin-Neelofa-Tungg
Tidak dapat dinafikan, apa saja yang dilakukan oleh pelakon wanita dan pengacara ini pastinya menarik minat masyarakat sekeliling untuk mengetahui lebih mendalam. Kini setelah berhijrah dan juga sudah membeli rumah baru, ada khabar yang mengatakan Neelofa bakal mendirikan rumah tangga.
Tidak mahu terburu-buru atau pun melatah dengan pertanyaan yang seringkali dipersoalkan kepadanya, Neelofa menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan.
Yang pasti, saya sudah bersedia. Cuma dalam hal ini, saya tidak pernah menunggu, tak tergesa-gesa dan terfikir tentang siapakah calon yang sesuai. Dalam hal ini, senjata saya hanya doa
Jodoh itu masih lagi rahsia-Nya dan saya percaya kalau niat kita baik, pasti akan dipermudahkan segala-galanya. Jadi sekarang ini, tunggu sajalah. Nak cakap lebih-lebih pun payah, kata Neelofa kepada Utusan Online.Bagaimanapun menurutnya lagi, rumah yang dibeli bersama kakaknya, Nabila, tidak ada kena mengena dengan kesediannya untuk berkahwin. Namun Neelofa dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan jodohnya merupakan individu yang dekat dengannya. (rtky/s)


SUMBER
utusan online
Sumber: Rotikaya
–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
Share on Google Plus
}); });