SETIAP PETANG SAYA NAMPAK LEMBAGA PEREMPUAN BERBAJU PUTIH BERDIRI DI PINTU SAMBIL TERSENYUM USTAZ KAZIM ELIAS

SETIAP PETANG SAYA NAMPAK LEMBAGA PEREMPUAN BERBAJU PUTIH BERDIRI DI PINTU SAMBIL TERSENYUM USTAZ KAZIM ELIAS

“Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum” – Ustaz Kazim Elias
UKE.png

Ustaz Kazim Elias ada cerita tadi pasal beliau kena santau,cerita beliau masa beliau ingin makan nasi,beliau tengok ditangan beliau ada ulat tapi tengok dalam pinggan ada nasi.Beliau cerita lagi sungguh sakit sangat2 kena santau ini.
P/s : Ya Allah,Engkau lindungilah Ustaz Kazim Elias.
Cerita Ustaz Kazim Pengalaman disantau!!

Saya dijemput menjadi imam qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya muntah..masyaallah..darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka..padan muka”
Teman(Kawan) saya datang tidur dirumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia..Masyaallah badan makin lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya,sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya..kenangan yang menginsafkan 1996/97
1997.
Kesakitan akibat di santau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih..mengucapkan salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya..gambar mereka ditunjuk satu-satu..saya tersedar dari tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu sahaja..Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami isteri..saya kenal mereka,orang kaya,orang hebat deme ni
Tiba-tiba suami dia peluk saya,si isterinya menangis..dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kami lah yg menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz”.
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati”.
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat.”
“Enam org?” saya terkejut..
Memang,saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org,dia mengaku betul,mereka yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang,kalau saya terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu..langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.
2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah,bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang disekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga..berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu..saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”
Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah…saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah…Apa jenis manusia ini…Apa salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya….saya belajar perubatan Islam..
kedua saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.
Ustaz Kazim Elias

UKE%2B1.jpg

UKE%2B2.jpg

UKE%2B3.jpg

Sumber: kisahviralsemasa
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
Share on Google Plus
}); });