JELAJAH 60 NEGARA, AKHIRNYA LELAKI IN BERTEMU ISLAM DI TENGAH JALAN


Hanya sekadar kejar impian pada mulanya

Empat tahun lepas, lelaki ini bertekad untuk meninggalkan rumah dan mengejar impiannya menjelajah dunia. Antara negara-negara yang dijelajahinya termasuklah : Turki, Indonesia dan Malaysia.




Pada mulanya dia hanya ingin mengejar impiannya sahaja. Namun, Michael Rupert, 29, tidak menyangka penjelajahannya ke 60 buah negara dalam masa 4 tahun itu akan menemukannya dengan Islam.

Rupert yang berasal dari Belgium berkongsi kisah penjelajahannya di Facebook @starringyouworldwide.




Rezeki Mencurah-Curah

Kita tentu tahu, apabila 'travel' dalam jangka masa yang lama, salah satu kekangan yang perlu diatasi adalah masalah kewangan. Tapi, rezeki Rupert ketika menjelajah sangat murah apabila ada individu-individu yang baik hati menderma untuknya semata-mata kerana ingin melihat dia terus menjelajah dunia. Sebagai balasan atas derma, Rupert akan menghantar kepada penderma poskad dan turut mendermakan wang-wang yang diterima kepada mereka yang lebih memerlukan seperti contoh sebuah sekolah di Zimbabwe.

Selain itu Rupert juga menyampaikan ceramah-ceramah inspirasi kepada sekolah-sekolah terbabit.



Dipertemukan Dengan Islam Ketika Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Rupert bukannya seorang Muslim ketika dia memulakan penjelajahannya. Namun dia mula tertarik dengan Islam apabila dia menghabiskan masa dengan keluarga angkat muslim di Malaysia dan Indonesia.

"Selepas tinggal bersama beberapa keluarga muslim di Malaysia dan Indoensia, saya menjadi tertarik dan timbul soalan seperti : Apa yang mereka baca di dalam Quran? Apa yang mereka lakukan di masjid? Apa yang mereka sambut ketika hari perayaan? Ia menjadikan saya tertarik ke arah Islam"




Memeluk Islam pada umur 28 Tahun

Menurut Rupert, dia memeluk Islam pada umur 28 tahun. Rupert berkata ketika tinggal bersama keluarga angkatnya yang beragama muslim, dia tidak pernah dipaksa untuk menukar agama tapi dia tertarik dengan cara hidup mereka.

Terinspirasi dengan perkara itu, Rupert mula mendalami Islam di masjid-masjid tempatan di Kuala Lumpur (Malaysia) dan Jakarta.

Menerusi temuramah dengan mvslim, juga turut bercakap tentang persamaan adat di dunia dan berharap agar manusia dapat hidup dengan aman damai biarpun mempunyai perbezaan.

Kini kisah penjelajahan Rupert menjadi inspirasi buat orang ramai dari seluruh dunia dengan kagum dengan kebaikan yang dibuat olehya. - SUMBER

Share on Google Plus
}); });