Seorang wanita didawa dibelit dan ditelan oleh seekor ular sawa besar ketika berjalan berseorangan melalui Jalan Aulong kira-kira 500 meter dari pasaraya Giant Taiping.
Bagaimanapun katanya reptilia tersebut berjaya ditangkap oleh kakitangan bomba dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Perak
Namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita berkenan yang telah viral dilaman media sosial sejak semalam.
Menurut pengarahnya, Datuk Yahya Madis, perkara tersebut tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit.
Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula, katanya sebagaimana lapor Bernama.
Viral itu memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap oleh bomba selain berita yang menyatakan reptilia itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Berita dan gambar yang tersebar.
Sumber: superkiram
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih