Awie sudah bertunang dengan syarifah ladyana?

IMG_2016-05-11-082145-700x420-700x420.jp
Selepas menyaksikan pelbagai kemelut yang melanda rumah tangga Awie dan bekas isteri, Rozana Misbun baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita pertunangan Awie bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana berikutan beberapa keping gambar majlis pertunangan mereka yang diadakan secara tertutup telah tersebar.

Screen Shot 2016-06-21 at 5.18.19 AM
Sekitar minggu lalu, ada desas-desus mengatakan bahawa penyanyi lagenda rock itu telah menjadi tunangan orang dan nama wanita berkenaan turut terpalit. Namun selepas tersebarnya gambar Lady diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.
Memetik daripada laporan Berita Harian, majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu. Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.
NYSM2-Rotikaya-300x250-px.jpg
Pada masa yang sama, dikhabarkan Awie memilih wanita yang juga bekerja didalam sebuah syarikat penerbangan yang dikenalinya beberapa tahun lalu itu kerana sikapnya yang penyayang terhadap kedua anak-anak beliau. Malah ada juga dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Lady bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Buat masa ini, Awie masih belum memberikan sebarang komen balas mengenai perkara ini. Bagaimanapun jika benar dakwaan yang tersebar ini, kami ucapkan tahniah kepada pasangan Awie dan Lady. Semoga ikatan pertunangan ini akan membawa kepada sebuah perkahwinan yang lebih bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. (rkty/w)
SUMBER
Berita Harian
Sumber: Rotikaya

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
Share on Google Plus
}); });