"MAAFKAN AKU DOGGY KERANA TAK MAMPU SELAMATKANMU..." (7 GAMBAR)


Tindakan seorang lelaki cuba menyelamatkan seekor anjing yang dilanggar kereta di sebatang jalan yang sesak, mencetuskan rasa simpati netizen.

Di ketika orang ramai sibuk dengan keselamatan pemandu dan keretanya, Sharul Nizam Ab Rahim, mendekati anjing malang itu dan cuba menyelamatkan nyawa. Malangnya, hayatnya tidak lama.

"Selesai urusan di Mahkamah Ampang, Tuhan mengujiku sekali lagi. Berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan seekor anjing di sebatang jalan sesak, Puchong, Selangor, berhampiran One City.

"Semua yang melihat cuma mendapatkan pemandu. Tetapi tiada seorang pun yang mempedulikan kesakitan seekor anjing yang kotor dan hina. Dia masih bergerak dan aku pantas mendapatkannya.

"Namun, hayat anjing ini tidak lama. Sekali lagi, aku gagal menyelamatkan nyawanya. Maafkan aku doggy. Aku cuma mampu memberimu penghormatan.

"Aku bersemuka dengan pemandu kereta terbabit dan berkata, 'kamu curang di jalan raya. You've to pay for this!' sebelum berlalu pergi," katanya.

Sikap prihatin Sharul ini mendapat perhatian netizen di mana posting itu sahaja sudah mendapat 32,000 likes dan 6,968 shares di Facebook.









"Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan tindakan awak. Awak adalah satu dalam sejuta. Moga Tuhan merahmati awak," kata netizen mendoakan Sharul.

"Dikala segelintir manusia jijik melihatmu, Dia datangkan lelaki ini untuk cuba menyelamatkanmu. Meskipun orang ramai memandang serong, lelaki ini sudi mengotorkan tangannya dengan darahmu. Kerana dia punyai perasaan prihatin terhadap semua makhluk ciptaanNya.

"Walaupun dia gagal menyelamatkanmu, dia galikan kubur dan kebumikan kamu dengan hormat. Tiada istilah 'alaa, bangkai anjing saja tu,' di dalam dirinya. Bagi dia, kamu juga bernyawa dan patut diberi layanan yang setimpal," kata Adam. - SUMBER

Share on Google Plus
}); });