25 Jun lalu, Puan Yati memuat naik status (gambar) berikut, " Isteri diuji ketika suami tiada apa-apa. Suami diuji ketika ada segala-galanya. Allah,". Bagaimanapun, kesabaran si isteri sampai ke kemuncaknya apabila mendapati suaminya berlaku curang dengan seorang janda anak satu.
"Sedihnya suami sanggup tipu saya. Malam takbir suami kata nak ambil 'kue', rupa-rupanya bercumbu dengan perempuan lain. Ya Allah.
"Dia siap 'baby' dan 'sayang-'sayang' sedangkan saya berada di rumah seperti orang bodoh sedang menjaga ibunya yang menghidap strok.
"Begini yang awak balas pada saya, oh suamiku. Janda gatal tak sedar diri. Dua-dua saya saman. Masuk penjaralah kamu berdua," tulisnya di Facebook, 1 Julai lalu.
Jam 1.02 pagi semalam, Yati memuat naik status terbarunya yang kesal dengan tindakan suaminya yang mula mengungkit segala pertolongannya pada keluarga Yati, selepas perbuatan curangnya terbongkar.
"Yelah, saya orang kampun dan sebab itu awak kahwin dengan saya agar awak boleh jadikan saya hamba awak. Awak ungkit semua perkara yang awak dah banyak tolong keluarga saya. Keluarga saya memang orang susah tetapi bukan bererti awak boleh jadikan saya sebagai hamba awak.
"Saya jaga makan minum mak awak, saya kasihan awak, saya sayang awak tetapi awak tergamak buat saya begini?
"Awak berselindung di belakang saya. Saya di rumah seperti orang bodoh menghadap anak meragam seorang diri, kerenah mak awak saya layan tetapi saya bersabar. Ada awak fikir semua itu?
"Kenapa awak buat saya begini? Awak tak ingat ke dulu kita susah sama-sama, jatuh bangun sama-sama. Masa awak susah, hanya saya saja yang ada di sisi awak. Tapi kenapa?
"Lima tahun lebih kita hidup bersama, macam-macam kita lalui. Sekarang Allah tengah uji saya, isteri awak. Ada awak kisah saya menangis sebab awak? Sekarang tiada air mata, saya fikirkan anak saja. Pandanglah anak-anak awak. Renungkanlah," tulis.
Yati juga pernah menghubungi janda berkenaan yang menyatakan suaminya kerap berhubung dengan wanita itu sehingga telefon tidak pernah dilepaskan dari tangannya. Bila diperiksa, suaminya kerap pula membuang semua mesej WhatsAppnya bersama wanita terbabit.
Sementara itu di media sosial, netizen menasihatkan Yati bersabar dan cuba mencari jalan penyelesaian dan mungkin perhubungan mereka masih boleh diselamatkan lagi.
"Bini sendiri lagi lawa. B*d*h punya jantan," kata netizen.