Banyakkan bersedekah, itulah rahsia gerai Nasi Briyana Beratur sentiasa cepat habis

Gambar dari YouTube Harian Metro
BATU CAVES, SELANGOR - Banyakkan bersedekah daripada mengambil untung, itulah prinsip dalam perniagaan yang diamalkan oleh pengasas Nasi Briyani Beratur, Halilur Rahman Mohd Ismail, 62, yang disiarkan Harian Metro hari ini. 

Pada awalnya, nama gerai yang digunakan ialah Nasi Briyani Rahman. Namun ramai orang yang menggelarkan gerainya dengan nama Nasi Briyani Beratur dan Halilur Rahman mula menggunakan nama itu sejak enam tahun yang lalu. 

Halilur Rahman berkata, sudah 17 tahun meniaga nasi briyani dan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhnya untuk mendapatkan kepercayaan dari pelanggan. 

"Ketika itu anak-anak saya masih kecil lagi. Kami sama-sama menjerit sampai tekak kering memanggil orang untuk membeli nasi briyani saya yang dijual di tepi jalan. 

"Sehingga saya pernah berjani dengan pelanggan bahawa saya akan memulangkan duit mereka dua kali ganda jika nasi saya tidak sedap," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, Asrizal Aris, di bazar Ramadan Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur. 

Apabila perniagaan nasi briyaninya mula dikenali dan mempunyai pelanggan tetap, Rahman memperbanyakkan bersedekah dengan memastikan nasi yang dibekalkan tidak mengecewakan pembeli. 

"Prinsip saya, kalau sudah letak nasi berbukit-bukit, jika terlebih, jangan tolak atau keluarkan nasi itu tetapi anggap sahaja kita bersedekah kepada pembeli. Allah susah tetapkan rezekinya. 

"Kadang-kadang saya tercedok dua ayam untuk nasi briyani tetapi saya tidak letak semula. Saya tidak pernah terfikir untuk untung lebih," katanya. 


Bagi Halilur Rahman, dia lebih mengutamakan penghargaan dari pelanggannya yang sanggup beratur tidak mengira hujan atau panas demi mendapatkan Nasi Briyani Beratur yang mempunyai aroma tersendiri. 

Sepanjang bulan Ramadan, gerai Halilur Rahman mampu menjual nasi briyaninya sehingga 600 bungkus yang dihabiskan dalam masa tidak sampai dua jam. 

Nasi Briyani Beratur dijual dengan harga RM8 untuk ayam, manakala RM9 untuk daging di bazar Ramadan Pinggiran Batu Caves. Selain itu, Rahman juga mempunyai restorannya, Rahman Briyani, yang terletak di Batu Caves. 
Share on Google Plus
}); });