Dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan ini, kita dituntut untuk menjadikan diri berakhlak mulia (akhlakul karimah). Karena salah satu matlamat puasa adalah untuk menjadikan kita insan yang bertakwa, dan takwa merupakan bahagian daripada akhlakul karimah
Ada 4 pengertian KARIM di dalam Al-Qur’an .
A. Karim di artikan dengan kata : “mulia”.
sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Haaqqah ayat 40 :
إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيم
Ertinya:
"Sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia".
(QS. Al-Haaqqah : 40 ).
B. Karim diertikan dengan kata : “Menyenangkan”.
sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Waqi’ah ayat 44 :
لَا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ
Ertinya:
"Tidak sejuk dan tidak menyenangkan". (QS. Al-Waqi’ah : 44)
C. Karim diartikan dengan kata : “Indah”.
Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT dalam surat Ad-Dukhan ayat 26 :
وَزُرُوعٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ
Ertinya:
"dan kebun-kebun serta tempat-tempat yang indah-indah". (QS. Ad-Dukhan : 26 ).
D. Karim diartikan dengan kata: “Banyak”.
Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT dalam surat Al-Hadiid ayat 11 :
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ.
Ertinya:
Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak". (QS. Al-Hadiid :11).
pengertian akhlak karimah secara lughowi, (menurut erti bahasa) adalah orang yang mulia hatinya, bersih jiwanya. Jika bercakap menyenangkan, jika berpenampilan nampak kemas dan indah, suka bersedekah dan beribadah dan beramal sholeh.
Adapun pengertian akhlak karimah menurut istilah syara' adalah: “Hati dan prilaku seseorang sesuai dengan ajaran Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW.
sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits Rasulullah SAW:
فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ الْقُرْآنَ
Ertinya:
"Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW ialah al-Qur'an".
(HR.Bukhari dan Muslim).
Jadi, jika kita ingin menjadi orang yang berakhlakul karimah, mempunyai hati yang bersih, prilaku yang menyenangkan, maka wajib mengamalkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW.
Salah satu di antara ajaran untuk menjadikan akhlak karimah adalah berpuasa.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa". (QS. Al-Baqarah :183).
Dalam ibadah Puasa itu akan menghasilkan insan yajg berakhlakul karimah pada 3 aspek iaitu:
1. Akhlak Qolbiyyah.
Akhlak Qolbiyyah adalah; akhlak yang berkaitan dengan hati.
Puasa mendidik agar hati dipelihara. Puasa mengajarkan agar kita dapat menahan segala bentuk hawa nafsu, menahan rasa sombong, iri hati, kedekut, dendam dan lain sebagainya.
Di bulan puasa kita dianjurkan untuk berzikir sebanyak-banyaknya, bersedekah, dan lain sebagainya. Semuanya itu sangat berpengaruh kepada hati, agar terpelihara dari kekotorannya.
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:
الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ.
Ertinya:
"Iaitulah orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". (QS. Ar-Ra’d : 28)
Dan bagi hati orang yang sombong dan berbuat zalim, maka Allah akan mengunci mati hati manusia tersebut.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mu’min ayat 35:
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ.
Ertinya:
Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang. (QS. Al-Mu’min:35).
Jika hati sudah dikunci mati oleh Allah,SWT maka prilaku orang tersebut berprilaku buruk dah Fikiran jahatnya selalu timbul.
2. Akhlak Lisaniyyah.
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : إِذَا أَصْبَحَ أَحَدُكُمْ يَوْمًا صَائِمًا فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ فَإِنِ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي صَائِمٌ *
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa". (HR. Bukhari dan Muslim).
3. Akhlak ‘amaliyyah.
Dalam puasa kita melatih diri dengan berbagai amalan-amalan ibadah, seperti sholat tarawih, zikir, i’tikaf dan amalan sholeh yang lainnya. Ini menunjukkan akhlak seorang hamba kepada khaliknya.
Jadi jelaslah bahwa berpuasa itu akan membentuk pribadi seseorang memiliki pribadi yang berakhlakul karimah, karena puasa telah melatih hatinya menjadi bersih, lisannya dilatih untuk tidak mengatakan perkataan yang dilarang dan hari-harinya terlatih beribadah kepada Allah SWT. Sehingga akhlaknya kepada dirinya, akhlaknya kepada orang lain, dan akhlaknya kepada Allah SWT akan terpelihara dengan baik.
Orang yang berakhlakul karimah itu adalah orang yang hatinya dan prilakunya sesuai dengan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah, yang salah satu ajarannya adalah kewajiban menjalankan puasa Ramadhan.
Ya Allah jadikan puasa Ramadhan kami pada tahun ini dapat mencantikkan akhkaq dan perangai. Janganlah bersikap kasar terhadap sesama manusia dalam bulan yang mulia ini. Semoga keberkatan Ramadhan akan menyertai dalam hidup kami. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Sumber : baca-tazkirah.blogspot.my
via Bin Usrah