Kalau ada masalah dengan isteri, kena perbaiki hubungan, bukannya buang atau cari yang lain


Selalu org cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap-ibu hanya ada satu,isteri boleh cari lain.

Tapi mak saya pantang dengar ayat ini. Mak cakap, ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pun hanya ada satu. Kerana ibu, jangan sampai buang isteri. Kerana isteri, jangan sampai buang ibu. Kita wajib taat pada ibu kita tetapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.

Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu seimbangkan antara dua. 

Mak kata kalau ada masalah dengan isteri, kena baiki bukan buang atau cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga. Walaupun hakikatnya memang bini boleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan sebagai kain buruk. Masa baru pakai, masa buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.

Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka. Mak saya ramai anak lelaki, jadi mak memang tak campur urusan rumahtangga mereka sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu.

Sebagai ibu, kita hanya perlu bagi pendapat apabila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Yang mok pegang-nak marah kena marah anak sendiri jangan marah anak orang. Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik. 

Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami. Biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.

Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ini. Sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.

Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak nak cakap pada menantu, mak akan terbalikkan ayat itu pada diri mak dulu. Kena berhati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja, ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.
Share on Google Plus
}); });