Ipoh, 2 Jan - Selepas viral kes sekumpulan remaja memanjat papan tanda 'IPOH' di sini, satu lagi aksi berbahaya yang memaparkan seorang lelaki memanjat struktur tinggi di bandar raya ini menjadi viral.
Aksi terbabit melihat remaja berkenaan memanjat sebelum mengambil foto selfie di atas kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini.
Menurut laporan Utusan Online, rakaman video aksi itu dimuat naik di Youtube dan sudah mencacat lebih 7,000 tontonan pada tengah hari tadi.
Tambah laporan itu lagi, mereka difahamkan syarikat pemaju bangunan dalam pembinaan itu sudah pun membuat laporan polis mengenai tindakan remaja itu di Balai Polis Sungai Senam pagi tadi.
Perkara itu juga telah disahkan oleh Bernama.
"Sebuah syarikat swasta buat laporan polis terhadap seorang remaja lelaki lakukan aksi berani panjat kren di tapak projek pembinaan di Ipoh", tulis Bernama dalam satu tweet. - Sehinggit Media
Sumber: Siakap Keli