Wanita Setia Enggan Tinggalkan Tunang Biarpun Lelaki Itu Lumpuh Selepas Kemalangan, Tiap-Tiap Hari Datang Rumah & Kutip Herba Untuk Tunang


Satu kisah tragis, tapi menyentuh hati seorang wanita berusia 27 tahun di Guangxi yang menjaga tunangnya yang lumpuh dengan sabar menjadi viral di media sosial China.

Liao Mingpei mengenali tunangnya itu, Jiang Pengfei pada 2009. Tidak lama selepas itu, kedua mereka bercinta dan bertunang.

Namun, hidup mereka mula menjadi tunggang terbalik pada Ogos tahun lepas apabila Jiang ditimpa satu besi besar ketika dia bekerja, menyebab tulang kepalanya rosak. Disebabkan kemalangan itu, Jiang menjadi lumpuh.

Biarpun begitu, Liao tidak meninggalkan tunangnya itu begitu sahaja, malah dia datang ke rumah Jiang setiap hari unutk menjaga dan merawat tunangnya itu.

Apabila Jiang dahaga, Liao akan memberikan air menerusi suntikan. Apabila Jiang perlu membuang sesuatu dalam lehernya, Liao akan menepuk belakang tunangnya itu.

Setiap hari juga, Liao dan ibu Jiang akan mendaki bukit untuk mengutip herba untuk dijadikan ubat kepada Jiang.

Liao memberitahu pemberita bahawa dia selalu bermimpi bahawa satu hari nanti Jiang akan bangun dan mereka akan mengambil foto perkahwinan bersama.

Apabila ditanya mengapa dia begitu setia menjaga tunangnya yang lumpuh itu, Liao cuma tersenyum dan menjawab: "Satu hari bersama sebagai 'satu' bermakna kesetiaan untuk sepanjang hidup".


Setiap hari, Liao akan datang untuk menjaga Jiang.


Liao menyuntik air menerusi tiub untuk Jiang.


Ibu Jiang dan Liao mengutip herba di bukit


Ibu Jiang


Sumber: Siakap Keli
Share on Google Plus
}); });