‘Aku nak tanya kau ni, kenapa kau tak pernah berlembut dengan aku..see? panggil pun engkau aku..tak macam couple2 lain, sweet je aku tengok..tapi engkau?
‘Kalau kau dah ada perempuan lain baik kau jujur jer la..tak payah nak hipokrit!’ Azliana terus tembak Zaidi dengan seribu satu soalan tanpa sempat dia menepis apatah lagi menjawab pertanyaan Azliana yang seperti peluru berselerak.
‘Bukan aku tak nak panggil kau dengan panggilan manja Azliana, tapi aku tahan semua benda tu untuk lepas kita kahwin nanti. Kalau aku panggil kau dengan panggilan manja di waktu kita tidak mempunyai ikatan yang sah ni, nanti masa kahwin mesti kau dah jemu.
Bukan aku tak nak ajak kau dating macam pasangan kekasih lain, tapi aku simpan juga agar kemanisan dan kehangatan cinta itu tetap mekar even lepas kita sah jadi suami isteri. Azliana, untuk membina rumah tangga semua orang boleh buat. Tapi, rumah tangga islam berapa orang sahaja yang boleh buat?
Azliana terkelu seribu bahasa. Mesej yang deep dan dia bersyukur dikurniakan bakal imam seperti Zaidi.