Simbah Asid: Lelaki Dibutakan Sebagai Balasan

Gambar hiasan | Google Images

TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki Iran dibutakan sebagai hukuman di atas kesalahan menyimbah asid pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang telah menyebabkan mangsa hilang penglihatan. 

Undang-undang itu adalah sebahagian kod syariah Islam, namun pelaksanaannya dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia antarabangsa. 

Menurut Ketua Hal Ehwal Jenayah, pejabat pendakwa Tehran, Mohammad Shahriari berkata, tertuduh telah menyimbah asid pada kanak-kanak perempuan berusia emapt tahun itu pada 2009 sehingga menyebabkan mangsa buta. 

"Hari ini, undang-undang jenayah telah digunakan di hadapan saya dan pakar-pakar,"  katanya. 

Mangsa bagaimanapun boleh memilih hukuman yang akan dikenakan terhadap penyerang mereka yang mana selalunya dilakukan berdasarkan wang tuntutan ganti rugi. - The Reporter

Share on Google Plus
}); });