Adakah anda sebagai pengguna lebuhraya PLUS tahu tentang hal ini?
Sebagai contoh :
Ketika kita memandu dilebuhraya, berlaku kebocoran tayar atau kerosakan berpunca daripada terlanggar objek dilebuhraya berkenaan (paku, besi dll)...
kita boleh membuat tuntutan kepada Syarikat lebuhraya berkenaan.
Bagaimana caranya :
- Ambil gambar kerosakan/tayar (tayar belum dibuka dari kenderaan dan objek(punca kerosakan).
- Kemudian ambil gambar tanda kilometer laluan berkenaan yang terdapat di penghadang jalan/papan tanda.
- Selepas itu barulah tukar tayar yang rosak kepada tayar gantian (spare tyre). Setelah itu...pergi ke kedai dan tukar tayar.
- Jangan lupa resit dari kedai tayar berkenaan.
- Bawa resit bukti pembayaran tol, gambar-gambar berkaitan serta objek (punca kerosakan) dan resit ke pejabat urusan lebuhraya berkenaan untuk tuntutan gantirugi mengikut nilai di dalam resit (claim).