Menakjubkan! Jika Anda Mengalami Masalah Bisul Atau Luka Cuba Petua Ini Memang Berkesan!


BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.

Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

"Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya

Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional

Campuran semulajadi ini dapat mengubati masalah jerawat, bisul atau luka lain pada kulit, yang mengumpulkan nanah.

Untuk menyediakannya anda perlukan:

Madu 1 sudu makan.
Tepung 1 sudu makan.
1 kuning telur

Bagaimana mempersiapkan campuran menakjubkan ini?
Aduk semua bahan bersama-sama dan simpan campuran di peti ais.

Bagaimana cara menggunakan?

Sapukan adunan betul-betul di atas luka atau ulser.

Kemudian tutup dengan sehelai kertas tipis (tuala bersih atau kertas tandas). Tukar kertas setiap 3 jam sebelum meletakkan lagi, membersihkan luka. Untuk sapuan waktu malam, biarkan semalaman esok paginya baru tukar. Sekiranya hari berikutnya tiada rasa sakit, maknanya nanah sudah tiada.

Jika campuran ini tidak sesuai dengan kulit anda, mungkin anda ada alergi boleh guna salah satu petua dibawah juga:

1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda tu pulih. Mudah-mudahan petua ni dapat membantu anda. Tidak salah jika anda ingin mencuba..Selamat Mencuba ya..
Share on Google Plus
}); });