RM2,500 'Terbang' Kerana Minuman Starbucks


KUALA LUMPUR - Lazimnya, setiap premis meletakkan notis larangan membawa makanan atau minuman masuk ke premis mereka ada sebabnya. 

Seperti yang berlaku pada seorang pelanggan yang tidak sengaja menumpahkan air minumannya pada beberapa pakaian di butik pakaian jenama 'mahal' ini, Armani Exchange. 

"Seorang pelanggan secara tidak sengaja tertumpah air minuman Starbucknya sehingga terkena 13 helai pakaian jenama Armani Exchange. Pelanggan itu, serta merta perlu membayar gantirugi sebanyak RM2,500. 

"Moral of the story, jangan bawa minuman dalam kedai baju," kata individu yang berkongsi cerita rakan serumahnya yang bekerja di butik berkenaan. 

Itu baru jenama Armani Exchange. Jika terkena pada jenama yang lebih mahal? Silap-silap, gaji enam bulan pun belum tentu anda dapat membayarnya walaupun hanya sehelai baju. - The Reporter
Share on Google Plus
}); });