Aku bekerja dengan sebuah syarikat di mana rata-rata kakitangannya adalah lelaki. Aku masih ingat lagi di hari pertama aku masuk kerja, aku pernah bermonolog sendiri.
"Takkan aku seorang saja perempuan dalam ni?"
Ada perempuan pun, mereka buat kerja pejabat manakala aku lebih kepada makmal dan production yang membuatkan hidup aku dikelilingi oleh pakcik-pakcik, abang-abang dan jejaka seusia. Rasa seronok sangat bila bekerja dengan majoriti lelaki dari pelbagai lapisan umur ini. Dalam masa yang sama, banyak pengalaman dan sudut pandangan mereka yang kita boleh pelajari. Tetapi yang lain, biarlah dulu. Aku nak fokus cerita dengan kisah rakan-rakan sekerja yang sedang berusaha mendirikan masjid ini.
Mereka kadang-kadang makan nasi putih, kicap jalan dan isi ayam sahaja. Punyalah mereka nak berjimat, padahal kerja paling minimum pun setahun lebih. Gaji untuk company ini pun rasanya tak ada bawah RM2,000. Bila ditanya, mereka berjimat untuk menyunting anak dara, katanya.
Ada seorang rakan sekerja yang pernah terkongsi ceritanya di mana teman wanitanya mahu hantaran di antara RM10,000 - RM15,000. Itu baru wang hantaran, belum lagi barang hantaran, kenduri, beli/sewa rumah lagi. Mujur dia ada kereta dan motosikal, ringanlah sikit.
Dan aku ini agak penyibuk juga. Aku siap kira komitmen dia, komitmen PTPTN, keluarga, kereta, ASB, rumah sewa dan macam-macam. Setiap kalu keluar, memang dia yang belanja teman wanita dia sebab perempuan itu masih student. Tambah tolak semua memang ada lagi untuk dia menyimpan. Tetapi RM10,000 tambah kenduri yang tak tahu lagi harganya, sampai bila nak kumpul?
Aku sangat memahami perasaan dia sebab aku anak harapan keluarga, jadi isu duit agak berat bagi aku. Aku pernah menasihatkan dia untuk berbincang dengan teman wanita dia jika dia terasa terbeban. Tetapi dia tak mahu. Lelaki memang sedaya upaya berusaha walaupun tertekan bab duit, dalam hati masih bahagia. Itulah tanda cinta dan sayang mereka pada bakal isteri mereka.
Banyak lagi cerita mereka, aku rasa perempuan perlu berkawan dengan lelaki yang berusaha mendirikan rumah tangga ini, barulah akan nampak realiti yang sebenar. Kalau nak tengok realiti melalui teman lelaki/tunang sendiri memang tak akan nampaklah. Teman lelaki/tunang sendiri seboleh-bolehnya mahu merahsiakan kepayahan yang mereka lalui dengan senyuman dan kasih untuk membuatkan kau rasa bahagia. Kita saja yang tak nampak sangat.
Jadi perempuan tanyalah pada diri sendiri, mampu tak kau memahami dan meringankan beban bakal suami? Jangan sebab kau perempuan, maka kau nak sangat bermanja dan ikut ada yang menyusahkan. RM5,000 pun sendiri tercungap-cungap nak simpan. Apatah lagi orang lain (melainkan bakal suami kau bergaji besar dan tak banyak komitmen).
Nak menyenangkan, buatlah satu majlis sederhana. Tak payahlah nak turutkan sangat,
Padahal cuci pinggan, kemas rumah pun kau nak berperang komen dengan lelaki. Hah, adat elok begini tak nak ikut pula.
"Itu tanggungjawab lelaki"
Padahal cuci pinggan, kemas rumah pun kau nak berperang komen dengan lelaki. Hah, adat elok begini tak nak ikut pula.
Nanti ada yang komen,
Aduhai perempuan, kalau nak buat besar tetapi bakal suami kau tak mampu, then kongsilah duit. Tak pun, pujuklah keluarga untuk buat kecil-kecilan. Ada yang boleh pujuk, ada yang tidak. Tetapi pokok pangkalnya berusaha.
"Keluarga nak buat besar pula,"
Aduhai perempuan, kalau nak buat besar tetapi bakal suami kau tak mampu, then kongsilah duit. Tak pun, pujuklah keluarga untuk buat kecil-kecilan. Ada yang boleh pujuk, ada yang tidak. Tetapi pokok pangkalnya berusaha.
Hey! Mualaf pun lagi payah tau. Nak masuk Islam itu kebanyakkannya ditentang keluarga tetapi masih juga sebahagian besar mereka mampu menyejukkan hati keluarga. Mualaf itu lagi kasihan, kehidupan dia berubah habis tetapi kau yang takat kenduri ini sila jangan jadikan alasan susah nak pujuk ya. Hati ikhlas, berdoalah yang terbaik. Allah ada.
Tahniah kepada lelaki yang ikhlas mencari duit perkahwinan. Dalam masa yang sama, aku pun tak nak kasihan sangat dengan korang. Siapa suruh cari teman wanita yang demand hantaran tinggi? Dah jodoh kan? Pandai-pandailah didik dia. Itulah, jangan manjakan sangat teman wanita korang di awal perkenalan. Biar menangis tak dapat makan, biar kira duit syiling bersama-sama. Dalam masa yang sama, perempuan sama-samalah meringankan beban lelaki. - Suka Membebel | The Reporter